awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSM komited pacu pembangunan sepak takraw negara

Bernama
Bernama
02/08/2025
20:00 MYT
PSM komited pacu pembangunan sepak takraw negara
Barisan kepimpinan tertinggi PSM 2025-2028 komited untuk terus memperkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara khususnya di peringkat akar umbi. - Foto Facebook PSM
KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menegaskan komitmen barisan kepimpinan tertinggi bagi Penggal 2025-2028 untuk terus memperkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara khususnya di peringkat akar umbi.
Setiausaha Agung PSM Datuk Abidullah Salleh berkata mesyuarat ahli jawatankuasa tertinggi PSM kali pertama pada Jumaat telah memperincikan hala tuju yang akan digerakkan persatuan itu sepanjang penggal ini.
"Barisan kepimpinan jawatankuasa tertinggi PSM akan terus memberikan kerjasama yang terbaik dan komited bagi memastikan hala tuju yang telah ditetapkan.
"Ini bagi memastikan kejayaan sukan sepak takraw negara di landasan yang terbaik untuk dicapai serta usaha pembangunan pemain di peringkat akar umbi melalui program NSTDP akan dilipatgandakan," katanya dalam kenyataan.
PSM memaklumkan mesyuarat berkenaan turut menyaksikan pelantikan beberapa individu utama bagi mengemudi pentadbiran dan pengurusan persatuan.
Jawatan Setiausaha Agung PSM kini dipegang oleh Datuk Abidullah Salleh manakala Datuk Dazma Shah Daud sebagai Bendahari, Yusoff Ali (Penolong Setiausaha Agung I), Mohd Azmir Khairuzzani Suwarto (Penolong Setiausaha Agung II) dan Haris Mahuri Akbar sebagai penolong bendahari.
Menurut kenyataan sama, Piala Juara-Juara STL (STL Champions Cup) 2025 bakal berlangsung dari 3 hingga 7 Sept ini di Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan membabitkan lapan pasukan termasuk empat kelab teratas STL Premier 2025 serta empat kelab luar negara dari Thailand, Korea Selatan, India dan Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PSM
#pembangunan sukan sepak takraw
#sepak takraw
#ahli jawatankuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan