awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi magnitud 5.5 landa utara Peru - GFZ
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah susulan pengambilan untung
Addie Azwan ketua jurulatih futsal kebangsaan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prasarana catat rekod 1.63 juta penumpang harian tertinggi 31 Disember

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
07/01/2026
06:00 MYT
Prasarana catat rekod 1.63 juta penumpang harian tertinggi 31 Disember
Anthony pada ketika hadir pada pembentangan laporan prestasi Prasarana 2025 dan pelan 2026 pada Rabu. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PETALING JAYA : Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mencatatkan rekod jumlah penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya pada 31 Disember 2025, dengan seramai 1.63 juta penumpang menggunakan perkhidmatan rel dan bas kendaliannya.

Ringkasan AI
  • Rekod jumlah penumpang harian tertinggi dicatatkan oleh Prasarana Malaysia Berhad pada 31 Disember 2025, dengan 1.63 juta penumpang menggunakan perkhidmatan rel dan bas.
  • Peningkatan purata jumlah perjalanan penumpang harian sepanjang 2025 sebanyak 11 peratus menunjukkan kebolehpercayaan perkhidmatan rel dan bas yang semakin kukuh.
  • Prasarana menekankan usaha berterusan dalam memperbaiki operasi, memastikan ketepatan masa, dan meningkatkan pengalaman perjalanan yang selamat serta selesa kepada pengguna, dengan mengurangkan gangguan perkhidmatan rel dan meningkatkan tahap ketersediaan perkhidmatan bas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata prestasi itu turut disokong peningkatan purata jumlah perjalanan penumpang harian sepanjang 2025 yang naik 11 peratus kepada 1.31 juta, berbanding 1.18 juta pada tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan tahap kebolehpercayaan perkhidmatan rel dan bas yang semakin kukuh serta konsisten.
“Peningkatan ketara jumlah penumpang serta pengurangan gangguan perkhidmatan menunjukkan usaha berterusan Prasarana dalam memperkukuh operasi, meningkatkan ketepatan masa dan memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat serta selesa kepada pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian sesi pembentangan laporan prestasi Prasarana 2025 dan pelan 2026 pada Rabu.
Beliau turut memaklumkan pencapaian berkenaan membuktikan keberkesanan pelbagai inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan secara berperingkat sejak beberapa tahun lalu.
Sepanjang 2025, Prasarana turut berjaya mengurangkan gangguan perkhidmatan rel kepada hanya 31 gangguan, berbanding 71 gangguan yang direkodkan pada 2024, iaitu penambahbaikan sebanyak 56 peratus.
Menurut agensi, kejayaan itu adalah hasil pendekatan penyelenggaraan aset yang lebih sistematik dan proaktif, pengukuhan kecekapan operasi serta pemantauan prestasi perkhidmatan secara berterusan.
Bagi segmen bas, tahap ketersediaan perkhidmatan Rapid Bus atau Level of Service (LOS) meningkat kepada 1,355 buah pada 2025 berbanding 1,165 pada tahun sebelumnya, termasuk perkhidmatan Rapid On-Demand (ROD) yang dipertingkatkan.
Usaha pemodenan armada bas turut diteruskan dengan penerimaan 310 bas diesel baharu secara berperingkat sejak tahun lalu yang dijangka lengkap sepenuhnya menjelang Februari 2026, selain sasaran penghantaran awal 250 bas elektrik fasa pertama pada Mac 2026.
Dalam aspek pendigitalan, Pas Bulanan My50 versi digital atau Digital Transit Pass (DTP) mencatat penerimaan memberangsangkan dengan kadar penggunaan mencecah 37 peratus pada Disember 2025, melibatkan 254,329 pengguna pas bulanan.
Prasarana memaklumkan fokus tahun 2026 adalah untuk meningkatkan kesalinghubungan, kecekapan dan konsistensi perkhidmatan rel serta bas di bawah jenama Rapid KL dan Rapid Penang, selari sasaran kerajaan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang 2030 di Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#prasarana
#rekod penumpang
#2026
#rekod penumpang tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan