awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
Penerima SARA Bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Addie Azwan ketua jurulatih futsal kebangsaan baharu

Bernama
Bernama
08/01/2026
12:55 MYT
Addie Azwan ketua jurulatih futsal kebangsaan baharu
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan legenda futsal negara, Addie Azwan Zainal secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih futsal kebangsaan yang baharu bagi menggantikan Rakphol Sainetngam. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan legenda futsal negara, Addie Azwan Zainal secara rasmi dilantik sebagai ketua jurulatih futsal kebangsaan yang baharu bagi menggantikan Rakphol Sainetngam.
Pengendali berusia 45 tahun itu sebelum ini merupakan penolong ketua jurulatih futsal kebangsaan sejak Rakphol membimbing skuad futsal Harimau Malaya bermula Ogos 2023.
"Addie Azwan adalah calon paling sesuai dan layak untuk membimbing skuad futsal Harimau Malaya ke Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta, Indonesia dari 27 Jan hingga 7 Feb depan memandangkan beliau cukup mengenali pemain sedia ada dan memahami falsafah permainan yang telah diterapkan Rakphol sebelum ini.
"Sepanjang kariernya sebagai pemain futsal kebangsaan dari 2002 hingga 2010, Addie Azwan hingga kini masih memegang rekod sebagai pemain paling banyak caps dan penjaring terbanyak keseluruhan skuad futsal Harimau Malaya," menurut kenyataan itu.
Untuk rekod, Addie Azwan mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam bidang kejurulatihan, bermula sebagai penolong ketua jurulatih futsal kebangsaan kepada dua ketua jurulatih iaitu Maizal Hairi Marzuki dari 2011 hingga 2013 dan Marcelo Serpa dari 2013 hingga 2016.
Selain itu, beliau juga pernah menggalas tugas ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan pada 2018.
Sebagai ujian sulung Addie Azwan selaku ketua jurulatih futsal Harimau Malaya pada Piala Asia Futsal 2026, Malaysia akan berdepan Iran pada 28 Jan, Afghanistan (30 Jan) dan Arab Saudi (1 Feb) bagi tiga aksi Kumpulan D.
Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke suku akhir pada 3 Feb, seterusnya separuh akhir pada 5 Feb dan final pada 7 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua jurulatih futsal kebangsaan
#Addie Azwan Zainal
#Persatuan Bolasepak Malaysia FAM
#skuad futsal Harimau Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan