KUALA LUMPUR: Data prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh pada 2022 jelas membuktikan kalangan pelabur global terus yakin terhadap negara ini serta komitmen kerajaan untuk memastikan kelangsungan kestabilan makroekonomi, kata penganalisis dan ahli ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Shan Saeed berkata antara pemacu utama pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tersebut adalah permintaan domestik yang mantap, aliran masuk pelaburan serta angka perdagangan yang kukuh.
"Malaysia terus kekal dalam radar pelabur global akibat kestabilan makroekonomi, tenaga kerja yang produktif, prasarana serba moden, pendekatan dasar yang dipacu teknologi serta kedudukan geografi yang strategik.
"Dari sudut makro secara keseluruhannya, kami kekal optimis terhadap prospek ekonomi dan trajektori pertumbuhan negara ini. Malah, Malaysia terus menjadi antara peneraju utama ekonomi ASEAN walaupun dalam senario ketidaktentuan ekonomi dan kewangan global," katanya kepada Bernama.
Susulan itu, Shan berkata firma tersebut menjangkakan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2023 berada dalam lingkungan 4.5 peratus dan 5.5 peratus.
Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata KDNK Malaysia meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun apabila mencecah 8.7 peratus pada 2022 berbanding 3.1 peratus dalam 2021 selepas mencatat perkembangan positif dalam semua sektor.
Bank Negara Malaysia (BNM) pula dalam kenyataan berasingan berkata pertumbuhan KDNK bagi suku keempat meningkat 7.0 peratus dalam suku keempat 2022 daripada 14.2 peratus pada suku ketiga berikutan sokongan daripada langkah rangsangan serta kesan asas rendah yang mereda.
Sementara itu, Profesor Ekonomi Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng menyifatkan data KDNK suku keempat 2022 itu hanya mengesahkan lagi prestasi memberangsangkan bagi 2022 susulan pertumbuhan di bawah purata pada 2021, sekali gus menjadikan Malaysia antara ekonomi paling pesat berkembang di Asia.
"Bagaimanapun, prestasi kukuh yang meluas itu tidak setara dari sudut rentas sektor serta bagi setiap industri yang berkaitan.
"Ini turut menandakan keuntungan yang tidak sama rata merentasi kumpulan pendapatan sehingga memerlukan bantuan lanjut kerajaan bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana yang terjejas akibat inflasi tinggi dan kenaikan kos sara hidup," katanya.
Mengulas prospek 2023, Ambank Group menyifatkan faktor domestik sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan penggunaan swasta turut menjadi nadi pertumbuhan ketika pasaran tenaga kerja pulih serta inflasi menjadi lebih stabil.
"Secara keseluruhannya, kami menjangkakan pertumbuhan KDNK tahun ini pada 4.5 peratus berikutan unjuran pertumbuhan 6.1 peratus untuk penggunaan swasta," katanya.
Pandangan sama turut dikongsi oleh RHB Investment Bank Bhd yang mengekalkan unjuran KDNK 2023 pada 4.5 peratus dari segi pandangan optimis namun berhati-hati, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.
"Perbelanjaan pengguna akan terus disokong baik oleh keadaan pasaran buruh yang berdaya tahan biarpun terdapat momentum pertumbuhan lebih perlahan akibat kesan rangsangan dan dasar kewangan lebih ketat," katanya.
Dalam pada itu, MIDF Research mengujurkan KDNK Malaysia bagi tahun ini sekitar 4.2 peratus, diasak oleh tekanan luaran dan langkah kebanyakan negara memperketat dasar monetari.
"Pertumbuhan lebih perlahan itu adalah disebabkan oleh prestasi perdagangan luar yang lebih rendah akibat jangkaan permintaan global yang lebih perlahan.
"Oleh itu, kami mengunjurkan tahun ini menyaksikan keadaan ekonomi global yang lebih lembap dan bukannya meleset," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
Malaysia terus menjadi antara peneraju utama ekonomi ASEAN walaupun dalam senario ketidaktentuan ekonomi dan kewangan global. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Putin luluskan belanjawan persekutuan untuk 2025-2027
Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan belanjawan persekutuan bagi 2025 serta tempoh yang dirancang untuk 2026-2027.
Saham perbankan seret turun Bursa Malaysia ke paras bawah 1,600
Penurunan saham wajaran tinggi perbankan menjejaskan Bursa Malaysia sehingga menyeret turun indeks di bawah paras penting 1,600 mata.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.