Prestasi pengurusan kewangan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi tahun 2013 adalah lebih baik berbanding dua tahun sebelumnya dengan peningkatan jumlah yang mendapat penarafan sangat baik (empat bintang).
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata sebanyak 194 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan itu (4 bintang) berbanding 143 pada tahun 2012 dan 111 pada 2011.
"Pencapaian ketara ini menunjukkan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti (IA) memberi dorongan kepada pegawai untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2013 serta Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun dan Kerajaan-kerajaan Negeri Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenaan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ambrin berkata bagi Siri 3 sebanyak 62 pengauditan prestasi dan 22 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri.
"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyelenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, pengurusan hasil cukai, program peningkatan sosioekonomi, pertanian, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengurusan syarikat," katanya.
Ambrin berkata dalam laporan Siri 3 itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 112 syor kepada kerajaan persekutuan, 22 (badan berkanun persekutuan) dan 136 (kerajaan negeri) bagi memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Beliau berkata untuk tahun ini setakat 10 Nov, pihaknya melakukan pengauditan terhadap 462 penyata kewangan kerajaan serta agensi kerajaan bagi tahun 2013 dan daripada jumlah itu 416 penyata kewangan diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.
Sementara itu 12 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berdasarkan 'Emphasis of Matter'; 20 diberi Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipenuhi sepenuhnya; 11 masih dalam proses pengauditan; manakala tiga lagi penyata kewangan belum dikemukakan.
Kandungan dan sinopsis laporan Siri 3 boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www.audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan atau pandangan boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.
Selain itu sesi 'townhall' bersama media mengenai laporan itu diadakan pada Rabu (12 Nov) di Angkasapuri di sini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1 dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2014, manakala Siri 2 pada 16 Jun lalu.
Bernama
Mon Nov 10 2014
Sejumlah 194 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan itu (4 bintang) berbanding 143 pada tahun 2012 dan 111 pada 2011. - Foto Fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prestasi pengurusan kewangan 2013 lebih baik - Ketua Audit Negara
Prestasi pengurusan kewangan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi tahun 2013 adalah lebih baik berbanding dua tahun sebelumnya dengan peningkatan jumlah yang mendapat penarafan sangat baik.