awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
82 termasuk penerima bantuan maut dalam serangan udara Israel di Gaza
SUKAN
TERKINI: Bintang Liverpool, Diogo Jota meninggal dunia
DUNIA
WHO beri amaran sistem kesihatan Gaza berisiko lumpuh sepenuhnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Prestasi saham TNB terjejas berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan

Bernama
Bernama
03/07/2025
04:25 MYT
Prestasi saham TNB terjejas berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan
Setakat 9.40 pagi, saham TNB turun 60 sen atau 4.11 peratus kepada RM14.
KUALA LUMPUR: Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Bursa Malaysia menyusut dalam dagangan awal hari ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan notis penilaian cukai tambahan yang dikeluarkan kepada syarikat itu bagi tahun taksiran 2018.

Ringkasan AI
  • Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) jatuh 60 sen kepada RM14 selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan LHDN berhubung cukai tambahan RM1.25 bilion bagi tahun taksiran 2018.
  • Mahkamah mengetepikan keputusan terdahulu yang memihak kepada TNB; syarikat kini menilai kesan kewangan keputusan ini terhadap pendapatan dan aset bersihnya.
  • Hong Leong Investment Bank tetap yakin terhadap TNB, menjangkakan manfaat daripada peningkatan aset terkawal di bawah RP4-RP5 serta peluang projek tenaga baharu.

Setakat 9.40 pagi, saham TNB turun 60 sen atau 4.11 peratus kepada RM14, sekali gus menyumbang 6.0 mata kepada penyusutan indeks penanda aras tempatan, dengan 7.52 juta saham diniagakan.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat utiliti tenaga itu memaklumkan Mahkamah Persekutuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membenarkan permohonan semakan kehakiman syarikat untuk membatalkan notis penilaian tambahan bertarikh 13 Julai 2020.
TNB berkata notis penilaian tambahan bertarikh 13 Julai 2020 yang dikeluarkan oleh LHDN kepada syarikat bagi tahun taksiran 2018 pada asalnya berjumlah RM1.81 bilion.
"Namun, selepas remisi penalti diberikan oleh LHDN melalui perintah persetujuan bertarikh 29 Dis, 2020, jumlah bersih telah dikurangkan kepada RM1.25 bilion," kata TNB dan menambah bahawa kenyataan itu perlu dibaca bersama pengumuman terdahulu syarikat antara Julai 2020 hingga Jun 2025.
Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd, dalam satu nota hari ini berkata pihaknya tidak terlalu bimbang terhadap potensi peruntukan cukai sekali sahaja itu.
"Kami tetap yakin TNB akan mencapai penyelesaian konstruktif bersama semua pihak berkepentingan, terutamanya LHDN, bagi mengurangkan kesan terhadap kedudukan kewangan dan aliran tunai syarikat.
"Bagi jangka masa panjang, kami mengunjurkan TNB akan mendapat manfaat daripada asas aset terkawal yang lebih tinggi bermula 2025 di bawah RP4-RP5 (bagi tempoh 2025 hingga 2030), selain peluang tender baharu untuk loji janakuasa gas dan projek tenaga boleh baharu.
"Kami melihat penurunan harga saham dalam jangka pendek sebagai peluang belian untuk pelabur jangka panjang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#saham menyusut
#rayuan TNB
#notis penilaian cukai tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami