KUALA LUMPUR:Program Subsidi Upah (PSU) telah berjaya membantu melindungi pekerjaan dan memanfaatkan seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sejumlah RM12.49 bilion subsidi upah telah diluluskan setakat 20 Nov, berbanding RM12.38 bilion minggu lepas.
"Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) telah bermula sejak Oktober 2020. Setakat 20 Nov, sebanyak RM164.26 juta telah dibelanjakan untuk membantu 34,479 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan 273,767 pekerja.
"Diingatkan bahawa permohonan baharu bagi PSU 2.0 masih dibuka kepada majikan sehingga 31 Dis, 2020," kata Tengku Zafrul ketika membentangkan Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-31 hari ini.
Di bawah program insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan, seramai 84,922 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan menerusi program ini.
Jumlah ini merangkumi 68,198 pekerja di bawah umur 40 tahun; 10,874 individu di antara 40 hingga 60 tahun serta 5,499 perantis dan 351 orang kelainan upaya.
Bagi program kemahiran dan peningkatan kemahiran pula, seramai 124,526 individu telah diluluskan untuk menyertai program yang disediakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020

Tengku Zafrul berkata sejumlah RM12.49 bilion subsidi upah telah diluluskan setakat 20 Nov, berbanding RM12.38 bilion minggu lepas. - Facebook/Tengku Zafrul

PKP 2.0 | Solat Jumaat, fardhu di semua masjid, surau Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan agar solat Jumaat dan fardu dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau di negeri ini dengan had maksimum 40 orang jemaah. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, titah berkenaan dibuat baginda selepas menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak serta pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negeri Perak.

Pelaburan KWSP | Sifatkan aset ESG 'vaksin' kepada semua krisis
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mensasarkan portflio pelaburan mereka akan mematuhi Amalan Persekitaran, Sosial dan Tabdir Urus (ESG) menjelang 2030. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias, strategi melabur dalam aset berkualiti ESG akan menjadikan pelaburan mereka berdaya tahan dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

PKP 2.0 | Haruskah PKP 2.0 diperketatkan selepas 4 Februari?
Bersama Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman.

Orang Asli | JAKOA rangka pelan jangka panjang PdPR
Rancangan jangka panjang melibatkat PdPR perlu untuk memastikan murid Orang Asli mendapat pendidikan yang sempurna seiring dengan norma baharu.

Melaka benar solat Jumaat, fardu hingga 500 jemaah
Kuliah Maghrib dan bacaan Yassin pada setiap hari Khamis malam Jumaat juga dibenarkan sebagai langkah mengimarahkan masjid-masjid di Melaka.

Koperal Polis Marin didakwa lagi 101 tuduhan rasuah
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

17 MPV kejar penjenayah dari Johor Bahru hingga ke Kluang
Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.

Gapenas buat laporan polis kenyataan Anwar yang didakwa menghasut
Gapenas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara berikutan kenyataan menghasut yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, baru-baru ini.

11 suspek Macau Scam direman 21 hari
Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

PKP 2.0: JKM Johor bantu hantar pulang keluarga terkandas
Mereka akan dihantar pulang ke kediaman mereka di Kuala Selangor, selewat-lewatnya esok.

Gesa Zahid Hamidi letak jawatan perbuatan tidak beradab petualang dalam parti - Ketua UMNO Jasin
Hasan berkata, polemik politik murahan seperti itu hanya akan melenyapkan sistem dan parti UMNO itu sendiri

Tiada hak asasi manusia tanpa kebebasan media - GLAAD
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GLAAD, Sarah Kate Ellis berkata kedua-dua komponen tersebut saling memerlukan dalam memastikan masyarakat di seluruh dunia dilayan secara berperikemanusiaan.

Sebahagian senarai pengimport daging berlesen akan dikeluarkan hari ini
Zulkifli berkata, ia bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu makanan halal.

Ratusan ribu petani serbu Red Fort, bantah akta pertanian baharu
Kumpulan petani menunggang kuda dan memandu traktor bagi melanggar sekatan polis dan menyerbu bangunan bersejarah berkenaan, sebagai tanda mencabar kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi.

COVID-19: WHO tuduh negara kaya bersikap 'nasionalisme vaksin'
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Grebeyesus menggesa negara kaya memastikan vaksin koronavirus juga tersedia secara meluas untuk negara-negara miskin.

Ekonomi dunia dijangka pulih tahun ini, dimulakan dengan China - APIB
China merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 6.5 peratus pada suku keempat 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketatkan PKP sektor perkilangan dan pembinaan - Gapan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu mengetatkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meliputi sektor perkilangan dan pembinaan.

WEF: Gelembung perjalanan jadi pemudah cara perniagaan, ekonomi
Diskusi yang dikendalikan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron itu menampilkan empat usahawan terkemuka dalam pelbagai industri dari rantau berbeza.

TPB2030 diperkenal, perkasa pembangunan sosioekonomi Bumiputera - Mohd Redzuan
Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin hari ini memperkenalkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB 2030) pada Selasa.

209 peserta E-Board catat 29 peratus peningkatan jualan - Wan Junaidi
INSKEN meraikan kejayaan cemerlang 209 usahawan yang berjaya menamatkan Program Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) kohort 1 melalui Majlis Graduasi secara dalam talian.