awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PropertyGuru catat kerugian bersih suku kedua sebanyak S$16 juta

Bernama
Bernama
04/09/2024
08:30 MYT
PropertyGuru catat kerugian bersih suku kedua sebanyak S$16 juta
Kerugian bersih PropertyGuru Group Ltd meningkat kepada S$16.12 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 daripada S$6.47 juta (S$1=RM3.34) yang disaksikan semasa suku yang sama tahun sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Kerugian bersih PropertyGuru Group Ltd meningkat kepada S$16.12 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 daripada S$6.47 juta (S$1=RM3.34) yang disaksikan semasa suku yang sama tahun sebelum ini.
Syarikat teknologi hartanah itu berkata pendapatan yang diselaraskan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) menokok 48 peratus kepada S$6.82 juta berbanding S$4.61 juta sebelumnya.
Sementara itu, perolehan menokok 10 peratus kepada S$40.68 juta daripada S$36.88 juta, dipacu oleh pertumbuhan dari Vietnam selepas keadaan pasaran terus bertambah baik, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Pendapatan pasaran berkembang sebanyak 11 peratus dari tahun ke tahun kepada S$39 juta pada suku kedua, didorong oleh keadaan di Malaysia dan Vietnam yang semakin menggalakkan dengan kekuatan berterusan di Singapura," katanya.
Perolehan pasaran Malaysia meningkat 12 peratus dari tahun ke tahun kepada S$7.42 juta, memandangkan ia terus mendapat manfaat daripada gabungan kekuatan pasaran iProperty dan PropertyGuru Malaysia.
Sementara itu, hasil pasaran Singapura melonjak 16 peratus dari tahun ke tahun kepada S$24.97 juta, susulan peningkatan bilangan ejen dan purata hasil setiap ejen pada suku tersebut.
Pendapatan pasaran Vietnam pula semakin baik sebanyak empat peratus dari tahun ke tahun kepada S$5.26 juta walaupun kenaikan dalam bilangan penyenaraian telah diimbangi sebahagiannya oleh penurunan purata hasil setiap penyenaraian.
"Pendapatan daripada perkhidmatan fintech dan data naik tiga peratus dari tahun ke tahun kepada S$1.6 juta," katanya.
PropertyGuru menambah bahawa tunai dan setara tunai berada pada paras S$309 juta menjelang akhir suku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PropertyGuru
#kerugian bersih
#Ebitda
#iproperty
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan