awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas

Bernama
Bernama
02/02/2026
12:45 MYT
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Polis berkata kedua-dua wanita yang masing-masing berusia 27 dan 22 tahun ditahan hari ini untuk tujuan rakaman percakapan.
ALOR GAJAH: Ibu dan ibu saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang lemas di sebuah kolam air panas di sini malam tadi, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ringkasan AI
  • Ibu dan ibu saudara kanak-kanak lelaki yang lemas di kolam air panas Alor Gajah ditahan polis bagi bantu siasatan; kedua-dua wanita, berusia 27 dan 22 tahun, ditahan untuk rakaman percakapan.
  • Kedua-dua wanita dipercayai berada di tempat kejadian; akan dilepaskan dengan jaminan polis untuk keluarga urus jenazah kanak-kanak itu; kes disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu ditemui terapung dalam kolam dewasa dan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Alor Gajah; kes disiasat atas kecederaan fizikal dan emosi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata kedua-dua wanita yang masing-masing berusia 27 dan 22 tahun ditahan hari ini untuk tujuan rakaman percakapan.
"Dua beradik itu dipercayai berada di tempat kejadian dan akan dilepaskan petang ini dengan jaminan polis bagi memberi ruang kepada keluarga menguruskan jenazah kanak-kanak berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.
Ahmad berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.
Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam, mangsa yang datang bersama keluarganya dari Felda Keratong, Pahang, ditemui orang awam dalam keadaan terapung di kolam dewasa.
Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 8.24 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu saudara
#Kanak-kanak
#lemas
#kolam air panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan