Prospek prestasi ekonomi global dijangka kekal memberangsangkan pada 2017 dan 2018 dipacu oleh pertumbuhan ekonomi maju serta negara berkembang pesat dan negara membangun (EMDE).
Menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, pertumbuhan negara maju disokong oleh pengembangan ekonomi Amerika Syarikat, kawasan euro dan Jepun, berikutan peningkatan pelaburan dan eksport.
"Sementara itu, pertumbuhan dalam kalangan EMDE semakin teguh didorong oleh pengukuhan harga komoditi, pemulihan aktiviti perindustrian dan peningkatan pelaburan dan keyakinan pasaran," menurut laporan itu.
Momentum pertumbuhan ekonomi global juga telah mula menunjukkan peningkatan dengan ekonomi dunia diunjur berkembang 3.6 peratus pada 2017 kepada 3.7 peratus pada 2018 (2016: 3.2 peratus ).
Pertumbuhan perdagangan global juga dijangka berkembang lebih kukuh sebanyak 4.2 peratus tahun ini dan 4.0 peratus pada 2018 (2016: 2.4 peratus) disokong aktiviti pelaburan dan perindustrian yang lebih tinggi, menurut laporan itu.
Laporan itu berkata selepas dua tahun mengalami penurunan ketara, pertumbuhan perdagangan global mula mengukuh sejak pertengahan 2016 dan dijangka mengatasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Perdagangan global dijangka lebih pesat pada 2017 disokong pertambahan permintaan import daripada ekonomi maju utama serta peningkatan aktiviti perdagangan di China.
"Ia sebahagiannya disokong oleh peningkatan perbelanjaan modal dalam kalangan negara maju memandangkan pelaburan adalah berintensifkan import.
"Sementara itu, perbelanjaan eksport dan infrastruktur lebih tinggi di China telah meningkatkan permintaan input perantaraan, seterusnya memberi manfaat kepada negara pengekport bahan mentah dan komoditi perindustrian," menurut laporan itu.
Di samping itu, persekitaran kewangan antarabangsa terus stabil manakala inflasi kian meningkat disebabkan harga komoditi yang lebih tinggi.
Harga minyak telah mengukuh disokong oleh aktiviti yang mapan dan jangkaan permintaan global yang lebih rancak serta sekatan bekalan minyak yang dipersetujui, menurut laporan itu.
Memetik Bank Dunia, laporan itu berkata, harga minyak dijangka meningkat 23.8 peratus untuk mencecah purata US$53 setong dan terus mengukuh 5.7 peratus kepada US$56 setong tahun depan.
Walaupun ekonomi global sedang melalui proses pemulihan serentak seperti dicerminkan oleh data ekonomi terpilih yang tinggi sejak beberapa tahun, namun masih terdapat risiko kepada pertumbuhan, menurut laporan tersebut.
Risiko itu termasuk peningkatan dasar perlindungan, ketidaktentuan dasar dalam kalangan negara maju utama, pertumbuhan produktiviti yang perlahan dan ketegangan geopolitik dalam beberapa EMDE.
"Bagaimanapun, pengembangan dasar fiskal dalam kalangan ekonomi utama dijangka menjadi pencetus kepada pertumbuhan global," menurut laporan itu.
--BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2017
Walaupun ekonomi global sedang melalui proses pemulihan serentak, namun masih terdapat risiko kepada pertumbuhan, menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini. - fotoBERNAMA
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.
PIKOM gesa kerajaan tangani isu jejas pertumbuhan industri ICT
Dengan kerajaan baru mengemudi negara, penekanan dan masa perlu diberikan untuk melaksanakan inisiatif bagi pertumbuhan industri serta menawarkan pelbagai faedah untuk sektor industri lain.
Kaji semula Pangkor sebagai pulau bebas cukai - MB Perak
Cadangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai perlu dikaji semula sebelum memutuskan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak.
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Kad Diskaun Siswa: 3 perkara yang diinginkan mahasiswa
Berikut tiga perkara yang diinginkan mahasiswa untuk penambahbaikan kad siswa, terutamanya jika kerajaan berhasrat untuk membuka permohonan kepada pelajar baharu.
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?
Pemandu teksi tiada pilihan kecuali memikirkan pendekatan lebih inovatif untuk kekal relevan dalam mendepani realiti masa depan.
Pendidikan peringkat rendah dan menengah masa kini percuma - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kos pendidikan di peringkat rendah dan menengah bagi ibu bapa pada masa kini adalah percuma dengan kerajaan membelanjakan purata RM8,900 bagi setiap pelajar setahun.
TVET mampu lonjak Malaysia setaraf Jerman
Kerajaan mahu perkasa pembangunan modal insan Malaysia setaraf Jerman melalui TVET
Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama
Malaysia merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM113.5 bilion melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 9 bulan pertama 2017.