awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prospek sektor perbankan kekal cerah - Azman Hashim

Bernama
Bernama
20/06/2017
01:59 MYT
Prospek sektor perbankan kekal cerah - Azman Hashim
AZMAN: Kita mahu mencatat kemampanan dan berharap ia lebih baik daripada tahun lepas.
Prospek sektor perbankan kekal cerah memandangkan ia mencatat kemajuan pada suku yang lepas, kata Pengerusi AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) - bank keenam terbesar Malaysia - Tan Sri Azman Hashim.
Beliau berkata, sektor itu turut mahu mencapai kemampanan.
"Kita mahu mencatat kemampanan dan berharap ia lebih baik daripada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas penyampaian biasiswa kepada 10 penuntut ijazah pertama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, pada Isnin.
Pada 1 Jun, 2017 AmBank Group dan bank keempat terbesar Malaysia, RHB Bank, mengumumkan bahawa mereka mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia untuk memulakan perbincangan bagi tujuan penggabungan.
Mengenai industri perbankan secara keseluruhannya, Azman berpendapat masih ada peluang untuk lebih banyak bank-bank kecil mengukuh lagi.
"Penggabungan dipacu oleh kuasa pasaran. Saya berpendapat masih ada peluang untuk pengukuhan," katanya.
Azman berkata, bank bersaiz kecil perlu menilai sendiri di mana kedudukan mereka pada masa depan.
"Adakah mereka mahu terus kekal dalam saiz yang sama? Apabila bank itu kecil, dikatakan ia membawa makna menjadi aktif, namun, ia juga mementingkan saiz," katanya.
Beliau berkata, cadangan penggabungan antara AmBank Group dan RHB Bank merupakan adalah "perjanjian sama menang" dan memberi faedah kepada kedua-dua bank itu, memandangkan ia akan memajukan entiti berkenaan menjadi yang keempat terbesar di Malaysia, di belakang Public Bank Bhd, CIMB Group Holdings dan Malayan Banking Bhd.
"Kita masih tidak tahu bentuk gabungan entiti itu, dan masih awal untuk mengulas apa-apa di peringkat ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ambank
#Azman Hashim
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#CIMB
#Islam
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan