PUTRAJAYA: Proton Holdings Bhd mungkin akan mempercepatkan pengenalan kenderaan elektrik yang bersesuaian untuk digunakan oleh pengguna Malaysia seawal tahun 2025 berbanding perancangan awal pada 2027.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata pada masa ini, Proton dalam proses untuk mengenal pasti model yang bersesuaian untuk kenderaan elektrik yang lebih mampu milik dan praktikal.
"Kita mungkin ada model yang mampu milik tetapi tidak praktikal. Oleh itu, kami sedang mengenal pasti bersama dengan Geely untuk mempercepatkan projek itu dan ini juga atas saranan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk memastikan Proton dapat mempercepatkan projek kenderaan elektrik.
"Insya-Allah, jika ada makluman yang terbaru, kita akan maklumkan kepada media," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen Proton Rahmah 2023 di sini hari ini.
Kempen Proton Rahmah 2023 yang bermula hari ini hingga 31 Mei dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kempen itu menggalakkan pemilik Proton menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang bertauliah untuk pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan pakej servis berharga RM150 -- disasarkan kepada pemilik Proton Persona, Proton Iriz, Proton Exora, Proton Saga serta model terdahulu termasuk Proton Inspira, Proton Waja dan Proton Wira.
Mengenai kempen tersebut, Roslan berkata Proton menjangka antara 55,000 unit dan 57,000 unit kenderaan atau pelanggan yang layak untuk mendapat pakej servis tersebut sepanjang tempoh kempen itu.
"Saya berharap semua pelanggan Proton yang memiliki model yang disebutkan itu akan menggunakan peluang ini untuk mendapatkan penjimatan kos servis sebab harga kos servis biasa dalam RM202 tetapi sempena kempen ini, kita beri diskaun dengan harga RM150," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata pada masa ini, Proton dalam proses untuk mengenal pasti model yang bersesuaian untuk kenderaan elektrik yang lebih mampu milik dan praktikal. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Proton capai pengeluaran lima juta unit kenderaan dalam tempoh 41 tahun
Proton X90 Flagship adalah kenderaan yang mencatat rekod sebagai unit kelima juta.
Proton kekalkan kedudukan jualan dengan 12,666 unit terjual pada Mac
Proton Holdings Bhd mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 12,666 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Mac.
Proton akan perkenal kenderaan elektrik seawal 2025 - Timbalan CEO
Proton Holdings Bhd mungkin akan mempercepatkan pengenalan kenderaan elektrik yang bersesuaian untuk digunakan oleh pengguna Malaysia seawal tahun 2025 berbanding perancangan awal pada 2027.
Jualan Proton cecah 100,000 unit pada akhir Sept 2022
Sebanyak 102,353 unit dijual dalam sembilan bulan pertama 2022, melonjak 40.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Proton jual 14,787 unit kenderaan pada Jun 2022
Proton Holdings Bhd mencatatkan jualan bulanan terbaik setakat ini sebanyak 14,787 unit (tempatan dan eksport) yang didaftarkan pada Jun.
Penguasaan Proton cecah tahap tertinggi dalam tujuh tahun pada 27.1 peratus
Proton Holdings Bhd telah menyampaikan 11,873 kereta pada Februari (domestik dan eksport) untuk mencapai tahap pasaran tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
Jualan kenderaan Proton susut 29.9 peratus pada Januari
Proton berkata pegangan pasaran dianggarkan pada tahap 18.5 peratus iaitu kira-kira 1.0 peratus lebih rendah berbanding Januari 2020.
Proton gesa pemilik Perdana 2012 - 2018 tukar beg udara
Proton Holdings Bhd (Proton) memohon kerjasama pemilik kereta Perdana yang dibina pada 2012-2018 untuk menukar beg udara Takata di pusat servis berhampirannya dengan seberapa segera.
Proton tawar pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma untuk Hari Raya
Proton Holdings Bhd menawarkan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma kepada pelanggan di semua pusat servis yang sah sempena cuti Hari Raya.
Kerjasama Proton dengan syarikat asing bantu hasilkan kereta lebih berkualiti
Kerjasama strategik Proton Holdings Bhd dengan beberapa syarikat pengeluar kereta asing membolehkan syarikat automotif negara itu menghasilkan kereta yang lebih berkualiti.