KUALA LUMPUR: Proton telah melepasi jumlah jualan tahunan setakat ini berbanding tahun lepas dengan menjual 13,362 unit pada Oktober 2021 dan jualan terkumpul kini sebanyak 86,379 unit - peningkatan sebanyak 1.6 peratus daripada jualan 10 bulan pertama tahun 2020 (84,999 unit).
Menurut Proton, pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus walaupun dengan jualan melebihi 65,000 unit buat kali pertama pada Oktober untuk tahun 2021.
Unjuran pegangan pasaran bagi bulan tersebut adalah sebanyak 20.5 peratus manakala pegangan pasaran bagi tempoh sama berbanding tahun lepas adalah sebanyak 22.7 peratus.
"Proton Saga terus menerajui pencapaian jualan dengan 5,107 unit telah dijual pada Oktober, menandakan telah tiga kali model tersebut melepasi jualan melebihi 5,000 unit tahun ini.
"Dalam tempoh yang sama berbanding tahun lepas, Saga juga kekal sebagai peneraju jualan bagi sedan segmen-A yang tidak boleh dipertikaikan dan pilihan untuk pembeli yang mahukan kereta mampu milik dengan ciri-ciri terkini dan mempunyai dinamik perlumbaan yang terbukti," menurut Proton dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya dua lagi peneraju jualan syarikat ialah model SUV (kenderaan utiliti sukan), iaitu Proton X50 dan Proton X70.
"SUV segmen-B Proton X50 beroleh kejayaan terbaik bulan lepas sejak pelancarannya dengan jualan sebanyak 3,839 unit. SUV yang lebih besar, Proton X70 mengekalkan momentum dengan jualan sebanyak 2,165 pada Oktober, hasil terbaik sejak Mac tahun ini," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata jualan Proton pada Oktober boleh disimpulkan sebagai permintaan daripada pelanggan yang tinggi dan potensi jualan yang belum direalisasikan.
"Sementara kita gembira dengan populariti Proton Saga dan pencapaian kedua-dua model SUV, kita terlepas untuk meningkatkan jumlah jualan oleh kerana kami berusaha untuk memperoleh bekalan komponen.
"Permintaan pasaran dijangka kekal kukuh menjelang akhir tahun dan kami akan berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan tahun 2021 ditutup dengan kejayaan yang besar," katanya.
Mengenai pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini yang mengumumkan Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) bagi industri automotif akan dilanjutkan kepada 30 Jun 2022, Proton berkata ini bukan sahaja membawa khabar gembira kepada pemain industri tetapi juga kepada pelanggan mereka.
Bagi Proton, ini bermakna pembeli yang sabar menunggu kenderaan baharu mereka tidak lagi perlu bimbang akan kehilangan insentif jika kenderaan mereka diserahkan pada tahun depan.
"Ia memberikan kami peluang untuk menunaikan tempahan yang telah diterima dan tidak memberikan kesan yang tidak adil kepada pelanggan yang telah menunggu sekian lama akibat sesuatu yang luar daripada kawalan mereka.
"Kami menjangka lanjutan tersebut akan meningkatkan jualan sehingga separuh pertama tahun depan apabila kemungkinan banyak model akan diperkenalkan di pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021

Dua lagi peneraju jualan syarikat ialah model SUV (kenderaan utiliti sukan), iaitu Proton X50 dan Proton X70. - Gambar fail

Jejak Al-Haramain: TH laksana dam, korban melalui Adahi
Tahun ini, dam dan korban akan dilakukan bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady and Adahi (Adahi).

Jejak Al-Haramain: 11,396 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci setakat ini
Daripada jumlah itu, 5,253 jemaah kini berada di Madinah, manakala 6,143 jemaah lagi di Makkah.

Remaja lelaki 15 tahun ditahan berhubung kes bunuh wanita warga emas di Chiba
Pelajar sekolah menengah rendah itu mengaku membunuh Yayoi Takahashi, 84, dengan menikam belakang mangsa.

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.

Proton kembali ke Singapura, perkenal e.Mas 7 di The Car Expo 2025
Proton Holdings Bhd (Proton) kembali ke Singapura dengan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, yang akan dipertontonkan secara eksklusif kepada orang ramai di The Car Expo 2025.

Kereta terbakar dipercayai akibat mercun
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu terbakar di persimpangan lampu isyarat akibat mercun yang disimpan dalam but kenderaan itu, di Bukit Permata, Lumut, semalam.

Pemilik Proton e.MAS, smart terima diskaun pengecasan 30% Hari Raya ini
Proton menerusi anak syarikatnya PRO-NET sekali lagi umum diskaun pengecasan kereta elektrik sebanyak 30% untuk musim perayaan ini.

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.