awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun bakal lancar projek AI nasional bernilai AS$19 bilion - Laporan

Bernama
Bernama
21/12/2025
11:00 MYT
Jepun bakal lancar projek AI nasional bernilai AS$19 bilion - Laporan
Pihak berkuasa Jepun dengan kerjasama sektor swasta, akan melancarkan projek berskala besar bagi membangunkan sistem kecerdasan buatan (AI) nasional. - Foto hiasan/REUTERS
TOKYO: Pihak berkuasa Jepun dengan kerjasama sektor swasta, akan melancarkan projek berskala besar bagi membangunkan sistem kecerdasan buatan (AI) nasional bernilai kira-kira 3 trilion yen (sekitar AS$19 bilion), lapor Sputnik/RIA Novosti dengan memetik laporan akhbar Yomiuri yang merujuk kepada draf rancangan berkenaan.
SoftBank bersama lebih 10 syarikat Jepun lain dijangka menubuhkan sebuah usaha niaga baharu pada musim bunga akan datang bagi membangunkan model asas AI terbesar di negara itu. Projek berkenaan bertujuan merapatkan jurang antara Jepun dengan Amerika Syarikat (AS) dan China.
Syarikat baharu itu akan ditubuhkan di bawah kepimpinan SoftBank dan bakal menghimpunkan kira-kira 100 pakar daripada syarikat yang dipilih melalui pertandingan, termasuk jurutera SoftBank serta pembangun daripada Preferred Networks.
Model yang sedang dibangunkan itu dijangka mencapai tahap satu trilion parameter, setanding dengan pembangunan AI terkemuka di AS dan China. Model berkenaan dirancang untuk dibuka kepada syarikat-syarikat Jepun supaya dapat disesuaikan mengikut keperluan masing-masing, merangkumi sektor pembuatan hingga robotik.
Bagi melatih model itu, syarikat berkenaan akan membeli sejumlah besar semikonduktor berprestasi tinggi daripada pengeluar cip AS, Nvidia, serta membina infrastruktur pengkomputeran berskala besar.
Disebabkan kos projek yang tinggi, kerajaan bercadang untuk memberikan subsidi sebahagian daripada kos infrastruktur serta menyokong usaha pengumpulan dan pemerolehan data bagi latihan AI.
Secara khusus, kerajaan merancang untuk melabur kira-kira 1 trilion yen (sekitar AS$6.3 bilion) dalam tempoh lima tahun bermula tahun fiskal 2026. Selain itu, draf belanjawan bagi 2026 dijangka merangkumi lebih 300 bilion yen (lebih AS$1.9 bilion) bagi perbelanjaan berkaitan.
SoftBank pula merancang untuk melabur kira-kira 2 trilion yen (sekitar AS$12.7 bilion) dalam tempoh enam tahun bagi pembinaan dan pengoperasian pusat data yang akan digunakan untuk pembangunan dan penyampaian AI. SoftBank menjangkakan pembangunan AI nasional itu akan merangsang kemunculan produk dan perkhidmatan baharu serta menjana permintaan domestik yang ketara, sekali gus membolehkannya memperoleh pulangan daripada pelaburan berskala besar itu.
Ketika ini, syarikat berkenaan sedang membina pusat data di bandar Tomakomai di Hokkaido serta di Sakai, Wilayah Osaka, yang dijadualkan mula beroperasi menjelang tahun fiskal 2026. Kemudahan itu dijangka menjadi asas kepada infrastruktur AI nasional.
Kerajaan Jepun menekankan bahawa AI memberi kesan secara langsung terhadap daya saing industri dan keselamatan negara, serta kebergantungan berlebihan kepada pembangunan asing menimbulkan risiko strategik, yang menjadi antara sebab pelancaran projek berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Kecerdasan buatan AI
#Softbank
#projek AI nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan