awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton lancar rangkaian stamping baharu di kilang Tanjung Malim

Bernama
Bernama
14/03/2023
12:40 MYT
Proton lancar rangkaian stamping baharu di kilang Tanjung Malim
Rangkaian stamping yang terbesar di Malaysia itu merupakan tambahan besar kepada keupayaan pengeluaran kereta Proton.- Sumber foto https://www.proton.com/en
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan rangkaian stamping baharu bernilai RM140 juta di kilangnya di Tanjung Malim, Perak.
Menurut kenyataan pembuat kereta nasional itu pada Selasa, mesin dalam barisan baharu itu mampu menghasilkan 50 komponen unik menggunakan kuasa sehingga 2,500 tan sekali gus berpotensi mengurangkan pengimportan komponen tahunan sebanyak 115,000 unit.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata rangkaian stamping yang terbesar di Malaysia itu merupakan tambahan besar kepada keupayaan pengeluaran kereta Proton.
"Sebagai jenama automotif nasional, peningkatan penggunaan alat ganti sumber tempatan dalam aktiviti pengeluaran kami adalah penting kepada ekosistem automotif negara dan membantu mengurangkan aliran keluar dana dari negara.
"Selain berpotensi menambah 115,000 unit kepada jumlah volum pengeluaran syarikat, rangkaian stamping baharu ini juga membolehkan lebih fleksibiliti untuk membuat keputusan terhadap jumlah pengeluaran kami setiap bulan dan meningkatkan kelajuan untuk menghasilkan model baharu secara tempatan," katanya dalam kenyataan yang sama.
Sementara itu, selepas melancarkan rangkaian stamping tersebut ketika lawatan rasmi, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang turut menyempurnakan penyerahan secara 'line-off' untuk penambahan terbaru kepada rangkaian model Proton.
Roslan berkata upacara 'line-off' hari ini menandakan permulaan aktiviti yang menjurus kepada pengenalan rasmi model terbaharu Proton.
"Selepas permulaan pengeluaran, kami akan mengadakan pratonton media dan sesi suai kenal pelanggan sebelum melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu kami, yang juga akan menandakan produk kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama kami.
"Ini merupakan langkah penting dalam perjalanan NEV kami yang akan secara beransur memberi penekanan pada teknologi hibrid sebelum kami melancarkan kenderaan elektrik Proton (Proton EV) yang pertama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Proton
#Proton X90
#rangkaian stamping baharu
#kenderaan tenaga baharu NEV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan