awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton lancarkan semula model di Chile Sabtu ini

Bernama
Bernama
24/05/2016
23:52 MYT
Proton lancarkan semula model di Chile Sabtu ini
Proton akan membawa masuk 1,000 unit model terpilih ke dalam pasaran Chile dan menjangkakan menjana jualan bernilai RM68 juta.
Proton Holdings Bhd bersedia untuk memasuki kembali pasaran Chile dengan pelancaran semula model keretanya di sini pada Sabtu ini selepas hampir dua dekad terhenti.
Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya berkata Proton akan membawa masuk 1,000 unit model terpilih ke dalam pasaran Chile dan menjangkakan menjana jualan bernilai RM68 juta.
"Ini menunjukkan hubungan Malaysia-Chile terus berkembang kukuh," katanya semasa berucap pada 'Seminar Peluang Perniagaan dengan Malaysia' anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini, pada Isnin.
Beliau berkata Chile merupakan satu-satunya negara Amerika Latin yang telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia sekali gus menjadikannya sebagai rakan dagang lebih utama bagi syarikat Malaysia yang merancang untuk meneroka ke benua itu.
Bercakap kepada Bernama selepas itu, Mohamad Rameez berkata Proton telah melantik Andes Motor, syarikat di bawah Kaufman Group, sebagai pengedar di sini.
Kaufman Group merupakan pengedar kereta utama di Amerika Latin.
Pada 1 Mac, Proton mengumumkan ia akan memasuki semula pasaran Chile tahun ini selepas eksport terakhir, Proton Wira, pada 1998.
Ia akan bermula dengan pelancaran jualan Proron Preve dan Exora pada Mei, disusuli dengan Proton Saga pada November 2016.
Mengenai prospek dagangan antara dua negara, Mohamad Rameez berkata perdagangan dua hala antara Malaysia dan Chile dijangka berkembang lagi memandangkan kedua-dua negara terlibat dengan perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik.
"Lebih banyak peluang bagi kedua-dua negara untuk meneroka, dan Chile akan kekal sebagai antara negara perdagangan utama Malaysia di Amerika Latin memandangkan ia merupakan sebuah negara paling stabil dari segi politik, kebebasan ekonomi, ketelusan dan berdaya saing," katanya.
Mohamad Rameez turut memberi komitmen untuk membawa lebih ramai usahawan Chile ke Malaysia dan ASEAN.
"Sebagai contoh, saya bermesyuarat dengan pemilik SUGAL, pembuat pes tomato dan buah-buahan di sini minggu lepas, yang akan ke Malaysia pada 1 Jun ini untuk mencari peluang perniagaan," katanya.
Seminar hari ini dianjurkan sempena misi perdagangan dan pelaburan Matrade di Chile, diketuai Pengarah Kanan Perancangan Strategik badan itu, Wan Latiff Wan Musa.
Hadir sama ialah Presiden Dewan Perdagangan Santiago, Peter Hill dan Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di Santiago, Noor Ezzwanee Ahmad.
Misi selama 14 hari dengan 12 anggota delegasi itu berlangsung di tiga negara, iaitu Peru, Mexico dan Chile.
Topic Berkaitan
#automotif
#Chile
#model baharu
#perdagangan
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan