Skip to main content

Dunia

Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam

41598495434_BrentonTarrant.jpg
Tarrant (tengah) menganggap label "pengganas" itu selaras dengan ideologi ekstremisnya. -Gambar fail/Reuters
WELLINGTON: Penyerang masjid Christchurch, Brenton Tarrant, 35, mahu dirinya digambarkan sebagai “pengganas”, menurut keterangan bekas peguamnya dalam prosiding Mahkamah Rayuan New Zealand.


Ringkasan AI
  • Brenton Tarrant mahu dianggap sebagai "pengganas" dan tidak membantah pertuduhan keganasan serta gembira dengan label itu, berdasarkan keterangan bekas peguamnya.
  • Tarrant berhasrat untuk mengaku bersalah atas serangan di masjid Christchurch pada 2019, dan kini merayu bahawa dia dalam keadaan mental tidak stabil semasa membuat pengakuan tersebut.
  • Keluarga mangsa risau dan marah dengan permohonan Tarrant untuk mengetepikan pengakuan bersalah, melihatnya sebagai usaha menipu sistem keadilan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Jonathan Hudson memberitahu mahkamah bahawa Tarrant bukan sahaja tidak membantah pertuduhan keganasan, malah gembira apabila dimaklumkan mengenai pertuduhan tersebut.

Menurut Hudson, ini kerana Tarrant menganggap label itu selaras dengan ideologi ekstremisnya.

Rakan peguam, Shane Tait, turut menyatakan bahawa Tarrant tidak pernah berniat membela  diri dan mahu pertuduhan itu disabitkan.

Tarrant sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol kerana membunuh 51 umat Islam dalam serangan pada 2019.

Rayuan Tarrant kini memberi tumpuan kepada dakwaannya bahawa dia berada dalam keadaan mental yang tidak stabil ketika membuat pengakuan bersalah pada 2020.

Menurut Tarrant, pengasingan berpanjangan, kawalan ketat, kekurangan akses kepada bahan bacaan dan hubungan sosial menyebabkan dirinya mengalami “keletihan saraf” hingga membuat keputusan secara tidak rasional.

Bagaimanapun, Hudson menolak dakwaan tersebut. Beliau menjelaskan bahawa penilaian kesihatan mental sebelum ini tidak menunjukkan Tarrant mengalami masalah yang menjejaskan keupayaan membuat keputusan.

Hudson turut mendedahkan bahawa Tarrant sebenarnya sudah menyatakan hasrat untuk mengaku bersalah sejak 2019.

Jika Mahkamah Rayuan menerima permohonan Tarrant untuk mengetepikan pengakuan bersalah itu, kes berkenaan perlu dibicarakan semula — langkah yang mencetuskan kebimbangan dan kemarahan keluarga mangsa, yang menganggap tindakan itu sebagai percubaan mempermainkan sistem keadilan.







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa Brenton Tarrant mahu dirinya digambarkan sebagai "pengganas" dalam prosiding Mahkamah Rayuan New Zealand?
    A: Brenton Tarrant mahu digambarkan sebagai "pengganas" kerana dia menganggap label tersebut selaras dengan ideologi ekstremisnya, seperti yang diungkapkan oleh bekas peguamnya, Jonathan Hudson.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Brenton Tarrant dalam prosiding Mahkamah Rayuan New Zealand?
    A: Brenton Tarrant tidak membantah pertuduhan keganasan dan gembira apabila dimaklumkan mengenai pertuduhan tersebut. Selain itu, dia tidak berniat membela diri dan mahu pertuduhan itu disabitkan.
  • Q: Apakah hukuman yang diterima oleh Brenton Tarrant berhubung dengan serangan di masjid Christchurch pada 2019?
    A: Brenton Tarrant sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol kerana membunuh 51 umat Islam dalam serangan di masjid Christchurch pada 2019.
  • Q: Apa dakwaan yang dibuat oleh Brenton Tarrant berhubung dengan keadaan mentalnya semasa membuat pengakuan bersalah pada 2020?
    A: Brenton Tarrant mendakwa bahawa dia berada dalam keadaan mental yang tidak stabil disebabkan oleh pengasingan berpanjangan, kawalan ketat, kekurangan akses kepada bahan bacaan, dan hubungan sosial yang terhad.
  • Q: Apakah reaksi keluarga mangsa terhadap permohonan Brenton Tarrant untuk mengetepikan pengakuan bersalahnya?
    A: Keluarga mangsa merasa bimbang dan marah terhadap permohonan Brenton Tarrant untuk mengetepikan pengakuan bersalahnya, menganggap tindakan itu sebagai percubaan mempermainkan sistem keadilan.



Advertisement

Must Watch Video