awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton sedia memasuki semula pasaran Chile - Duta Malaysia

Bernama
Bernama
08/11/2015
09:22 MYT
Proton sedia memasuki semula pasaran Chile - Duta Malaysia
Mohammad Rameez berkata, Andes Motor dijangka mengimport sekurang-kurangnya 500 kereta Proton setiap tahun untuk lima tahun akan datang. - Gambar fail
Proton Holdings Bhd bersedia untuk memasuki semula pasaran Chile bulan depan, kata Duta Malaysia ke Chile, Datuk Dr Mohammad Rameez Yahaya.
Beliau bekata, tiga model Proton, iaitu Saga, Preve dan Exora akan tiba di Chile sebagai kereta ujian sebelum dijadual dilancarkan April depan oleh pengedar di negara itu, Andes Motor.
"Saya telah menemui Pengurus Besar Andes Motor, Jorge Greene dan Pengurus Komersil, Maximiliano, Khamis lepas untuk membincangkan perkara itu. Syarikat berkenaan telah menandatangani perjanjian pengedaran dengan Proton dan akan menerima tiga model pertamanya pada Disember," katanya memetik entri dalam Facebook beliau.
Mohammad Rameez berkata, Andes Motor dijangka mengimport sekurang-kurangnya 500 kereta Proton setiap tahun untuk lima tahun akan datang.
"Ini akan meningkatkan perdagangan di antara Malaysia dan Chile kepada AS$6 juta setahun," katanya.
Minggu lepas, tiga unit kereta itu diuji untuk kelulusan sebelum diangkut dari Pelabuhan Klang. Kereta terbabit dijangka tiba di Chile bulan depan.
Pada April, Duta Chile ke Malaysia, Christian Rehren berkata, pengeluar kereta nasional boleh memasuki semula pasaran negara itu tahun ini selepas menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Chile.
Proton pernah memasuki Chile pada 1990-an dan ia sudah terkenal di sana.
Topic Berkaitan
#Duta Malaysia
#Mohammad Rameez Yahaya
#pasaran Chile
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan