KUALA LUMPUR: Dengan pelaksanaan rangkaian borong tunggal 5G yang pertama di dunia oleh Digital Nasional Bhd (DNB), pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dalam industri telekomukasi Malaysia berpotensi untuk menjimatkan kos pembinaan infrastruktur kira-kira RM30 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.
"Ini akan membolehkan MNO untuk fokus kepada penambahbaikan perkhidmatan 4G dan penyediaan perkhidmatan 5G yang inovatif dan bernilai tinggi bagi manfaat rakyat dan perniagaan," Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pada 31 Oktober lepas, lima MNO Malaysia, Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), U Mobile Sdn Bhd, dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) masing-masing telah menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB.
Tengku Zafrul menyifatkan perjanjian akses 5G yang dimeterai oleh lima MNO dan DNB tersebut pencapaian penting dalam melaksanakan visi 5G negara bagi memacu pembangunan ekonomi digital dalam tempoh jangka panjang.
"Dengan penyertaan lima MNO ini dalam penyediaan akses borong oleh DNB, pelanggan-pelanggan mereka dijangka akan dapat mendapat manfaat dengan kelajuan pantas dan ketersambungan 5G dengan lebih inklusif pada harga mampu milik," katanya.
Beliau berkata kos pembangunan rangkaian 5G adalah RM16.5 bilion dalam tempoh 10 tahun tanpa sebarang pembiayaan atau jaminan kerajaan selain suntikan ekuiti bernilai RM500 juta untuk memulakan operasi syarikat DNB.
DNB komited untuk mempercepatkan pembangunan rangkaian dan infrastruktur 5G, katanya.
"Rangkaian 5G kini meliputi hampir 11 juta penduduk di seluruh Malaysia bersamaan dengan lebih daripada 33 peratus liputan di kawasan berpenduduk.
"Setakat akhir Ogos 2022, DNB kekal berada di landasan untuk mencapai kirak-kira 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang akhir 2024," katanya.
Tengku Zafrul juga berkata bahawa pewujudan khidmat 5G akan meningkatkan produktiviti, kecekapan dan inovasi yang dijangka mewujudkan sebanyak 750,000 pekerjaan berkemahiran tinggi dan menjana RM650 bilion bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara kumulatif sehingga tahun 2030.
--BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022

Tengku Zafrul menyifatkan perjanjian akses 5G yang dimeterai oleh lima MNO dan DNB tersebut pencapaian penting dalam melaksanakan visi 5G negara. - Fail

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

Harga internet lebih murah dengan peluasan liputan rangkaian 5G
Langkah peluasan liputan rangkaian 5G yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 mampu menurunkan lagi harga Internet yang ditawarkan kepada pengguna ketika ini.

4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan - Nie Ching
Sebanyak 4,363 tapak 5G telah siap dibangunkan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di seluruh negara setakat 28 Februari lalu.

80 peratus liputan 5G akhir 2023, pelan internet lebih murah untuk semua - Fahmi
Capaian rangkaian 5G meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk dan tawaran harga berpatutan kepada rakyat, merupakan dua matlamat utama kerajaan sebelum berakhir 2023.

Belanjawan 2023: KKD adakan sesi libat urus bersama DNB, syarikat telekomunikasi esok - Fahmi
Fahmi berkata antara perkara yang akan dibincangkan adalah supaya DNB diurus dengan lebih telus dan terbuka.

Perak sasar luaskan rangkaian 5G ke Kampar, Batu Gajah
Inisiatif di bawah Greater Ipoh itu bagi memastikan semua daerah di Lembah Kinta akan memperoleh capaian internet 5G pada masa hadapan.

Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia bakal diwujudkan - Fahmi
Kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi mahu DNB jelaskan mengenai capaian liputaN 5G
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) belum menentusahkan maklumat berkenaan.

Kementerian perlu beberapa minggu teliti pelaksanaan 5G - Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi dan Digital memerlukan masa beberapa minggu bagi membincangkan pelaksanaan perkhidmatan teknologi 5G di Malaysia melibatkan Digital Nasional Berhad (DNB).

Rangkaian 5G Malaysia raih pengiktirafan global di Anugerah Glotel London
Rangkaian Teras Operator Berbilang dan Pemetakan Sumber Dinamik untuk Rangkaian 5G Borong Nasional.

Melaka capai 55.2 peratus liputan 5G akhir tahun ini
Sehingga 15 Nov, 32 daripada 59 lokasi di daerah Melaka Tengah telah mempunyai akses perkhidmatan 5G.