awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah Airbus: Pegawai terlibat masih perlu didakwa: TI - UK

Astro Awani
Astro Awani
04/02/2020
11:08 MYT
Rasuah Airbus: Pegawai terlibat masih perlu didakwa: TI - UK
Pekerja Airbus yang terlibat dalam skandal penyelewengan harus disiasat walaupun setelah syarikat itu bersetuju membuat perjanjian rayuan, kata Transparency International-UK.
Mana-mana pegawai Airbus yang didakwa terlibat dalam skandal penyelewengan harus disiasat walaupun setelah syarikat itu bersetuju membuat perjanjian rayuan.
Transparency-International United Kingdom (TI-UK) menegaskan kegagalan untuk mendakwa individu yang terlibat akan memusnahkan keyakinan awam dan boleh dijadikan sebagai 'modal' bagi syarikat-syarikat gergasi menggunakan wang untuk mengelak daripada dibelenggu masalah.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas mahkamah di UK, Perancis dan Amerika Syarikat bersetuju untuk membuat perjanjian rayuan bernilai 3 bilion pound sterling, selepas Airbus mengakui menggunakan orang tengah untuk membayar rasuah demi mendapatkan kontrak penjualan pesawat.
Berdasarkan perjanjian itu, Airbus tidak akan dihukum, walaupun ia sudah didapati bersalah. BACA: Kami tidak pernah dihubungi oleh SFO berhubung skandal Airbus - Kamarudin dan Fernandes BACA: Saham AirAsia terus merosot berikutan siasatan rasuah, koronavirus
Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom (UK) masih boleh mendakwa pegawai Airbus yang terlibat dengan rasuah, menurut kenyataan itu.
“Penyelesaian (luar mahkamah) berjumlah berbillion-billion pound (sterling) mungkin boleh dijadikan tajuk berita, tetapi di sebalik angka berkenaan sememangnya wujud individu yang terlibat dengan kes rasuah dan penyelewengan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TI-UK, Daniel Bruce.
SFO sudah memulakan siasatan terhadap Airbus pada 2016 selepas ia membuat pengakuan kepada pihak berkuasa.
Antara syarikat penerbangan yang tercalit dengan skandal ini ialah syarikat penerbangan terkemuka, AirAsia di mana Airbus mengakui membayar AirAsia sejumlah AS$50 juta untuk mendapatkan kontrak tempahan pesawat.
Dakwaan itu dinafikan AirAsia, sementara Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melepaskan jawatan masing-masing selama dua bulan berkuat kuasa Isnin bagi membolehkan siasatan dalaman yang telus dilakukan.
Topic Berkaitan
#2016
#AirAsia
#Airbus
#AS
#Daniel Bruce
#Kamarudin Meranun
#Pejabat Penyelewengan Serius
#penyelewengan
#Rasuah
#SFO UK
#SPRM
#syarikat penerbangan
#TI-UK
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan