awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RHB kekalkan unjuran KDNK 2022 pada 5.5 peratus

Bernama
Bernama
11/03/2022
14:39 MYT
RHB kekalkan unjuran KDNK 2022 pada 5.5 peratus
RHB mengekalkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada 5.5 peratus bagi 2022. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: RHB Banking Group mengekalkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada 5.5 peratus bagi 2022 susulan jangkaan aktiviti ekonomi yang perlahan pada suku pertama.
Ketua ahli ekonomi dan ketua penyelidikan pasaran kumpulan, Sailesh K Jha berkata momentum jualan runcit bagi asas bulan ke bulan dijangka perlahan pada Februari dan Mac, manakala pada Januari, momentum berkemungkinan meningkat berikutan sokongan daripada musim perbelanjaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
"Penilaian ini adalah berasaskan kepada indeks jualan runcit sebenar kami setakat akhir Februari 2022. Oleh itu, kami tidak akan terkejut sekiranya KDNK suku pertama 2022 mencatatkan pertumbuhan perlahan bagi asas suku ke suku berbanding separuh kedua 2021.
"Pada Februari dan Mac kami menjangkakan pasaran buruh akan menunjukkan kadar peningkatan perlahan," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Beliau berkata selain itu, sentimen pengguna juga dijangka menerima kesan daripada isu-isu berkaitan virus Omicron COVID-19 dan konflik di Ukraine.
Menurut Sailesh, bagi industri yang bergantung besar kepada import bahagian-bahagian dan komponen seperti auto dan produk elektrik dan elektronik, aktiviti dijangka menyederhana dalam tempoh terdekat disebabkan oleh kesesakan rantaian bekalan di sektor perkapalan Asia selain Jepun.
Sementara itu, katanya, kesan musiman daripada musim perayaan pada Mei boleh menyediakan sedikit rangsangan kepada perbelanjaan pengguna bagi suku kedua 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#Malaysia
#RHB
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan