KUALA LUMPUR: HSBC Group percaya ringgit yang di bawah nilai ketika ini bakal pulih pada 2022 apabila ekonomi Malaysia dijangka bangkit semula daripada kemelesetan 'berganda' meskipun terdapat banyak ketidaktentuan.
Ketua Bersama Penyelidikan Ekonomi Asia HSBC Group Frederic Neumann berkata, walaupun gandingan dolar AS-Ringgit berlegar hampir pada paras tertingginya pada tahun ini berikutan pelbagai cabaran luaran, bank itu optimis dengan prospek penggunaan dan tinjauan eksport Malaysia.
"Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka terus meningkat berdasarkan kepada permohonan FDI yang diluluskan sebelum ini dan ini dijangka dapat menyokong ringgit sebagai sumber pertumbuhan," katanya semasa taklimat HSBC Asian Outlook 2021 yang diadakan secara maya hari ini.
Beliau berkata penormalan dasar Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) juga boleh membantu unit tempatan mengekalkan kelebihan hasil berbanding dolar AS dan mengekalkan kadar sebenar positif.
"Keyakinan tinggi terhadap ekonomi domestik dan aset tempatan juga akan membantu mengekang pemilikan aset asing oleh penduduk," kata Neumann.
Beliau berkata selain daripada perkembangan varian terkini COVID-19, risiko lain yang boleh mempengaruhi prospek positif unit tempatan itu adalah ketidaktentuan politik yang mungkin menjejaskan sentimen dan aliran modal.
Menurutnya, memandangkan pasaran tenaga kerja semakin mengukuh, inflasi teras mungkin berada dalam aliran tinggi secara beransur-ansur, menghampiri dua peratus menjelang akhir 2022.
"Ini akan membolehkan BNM memulakan proses mengetatkan dasar secara perlahan-lahan pada separuh kedua 2022 dan kami menjangkakan kenaikan kadar 100 mata asas bagi 2022 dan 2023," katanya.
Beliau juga berkata Malaysia ketika ini menerima bahagian komitmen FDI tertinggi di Asia yang memberikan prospek yang baik bagi masa depan dan tinjauan sektor pembuatan.
Mengenai prospek ekonomi Asia, beliau berkata varian Omicron menular dengan pantas di banyak negara dan ia dijangka menjejaskan aktiviti ekonomi pada suku pertama 2022.
"Bagaimanapun, kami menjangka pertumbuhan ekonomi Asia berada pada 5.3 peratus pada 2022 -- lebih rendah berbanding tahun lepas tetapi masih menunjukkan pemulihan dan penormalan yang berterusan," kata Neumann.
Beliau berkata risiko inflasi masih kekal tetapi bank itu yakin inflasi tidak akan menjadi kebimbangan utama bagi kebanyakan negara Asia tahun ini.
"Walaupun sekiranya Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah tahun ini, kebanyakan bank pusat Asia mampu untuk bangkit perlahan-lahan dan menyelaraskan kadar faedah secara beransur-ansur.
"Ini akan membantu menyokong pemulihan permintaan domestik kerana dasar monetari masih kekal akomodatif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

FREDERIC: Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka terus meningkat berdasarkan kepada permohonan FDI yang diluluskan sebelum ini dan ini dijangka dapat menyokong ringgit sebagai sumber pertumbuhan. - HSBC

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

Pakistan larang import barangan "tidak perlu", jimat tukaran asing
Kerajaan Pakistan melarang import barangan "tidak perlu" dalam usahanya untuk menjimatkan tukaran asing.

Ringgit cecah RM4.40 berbanding dolar AS ekoran bimbang kemelesetan ekonomi
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.4030/4060 berbanding dolar AS daripada 4.3960/3975 ketika ditutup pada Rabu.

DUN Sarawak: RUU Hutan (Pindaan) 2022 perkasa ekonomi karbon di peringkat domestik dan global
Jumlah stok karbon sedia ada yang telah dikenalpasti, diukur dan diiktiraf meletakkan Sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

IMF yakin ekonomi Malaysia akan berkembang 5.75 peratus pada 2022
Ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh.

Ringgit cecah RM4.4 berbanding dolar AS, terendah sejak Mac 2020
Ringgit mencatatkan rekod terendah pada 23 Mac, 2020 apabila ia mencecah paras RM4.447.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

'Walaupun menimbulkan kegusaran, Malaysia boleh belajar dari dasar luar China'
Penting bagi Malaysia mengambil iktibar daripada dasar luar tersebut, terutama berkaitan selok-belok pembangunan ekonomi.

Dasar Monetari BNM pastikan pertumbuhan mampan ekonomi negara - SME Bank
BNM memberi tumpuan untuk memastikan dasar monetari kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

StanChart jangka ekonomi Malaysia berkembang kepada 7.0 peratus
Pemulihan ekonomi dan pasaran buruh "mewajarkan" langkah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan proses menormalkan dasar monetari daripada tetapan kecemasan.

Malaysia berada di landasan capai sasaran pertumbuhan ekonomi tahun ini - Tengku Zafrul
Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan disokong oleh dasar fiskal pengembangan kerajaan serta dasar monetari akomodatif.