awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit berdepan tekanan jika hasil bon AS naik

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2021
22:53 MYT
Ringgit berdepan tekanan jika hasil bon AS naik
Halley berkata, ringgit mungkin meningkat ke paras tertinggi dalam julat 4.00 ke 4.100 minggu ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka berdepan tekanan menyusut berbanding dolar Amerika minggu ini sekiranya hasil perbendaharaan Amerika terus mencatat peningkatan.
Penganalisis Kanan Pasaran Asia Pasifik Oanda Jeffrey Halley berkata, pelabur kini mengalihkan tumpuan mereka terhadap bon susulan peningkatan hasil itu.
Tambahnya, ringgit mungkin meningkat ke paras tertinggi dalam julat 4.00 ke 4.100 minggu ini.
Menurut Halley lagi, kerisauan berkenaan kelemahan berpanjangan adalah berlebihan melainkan ringgit ditutup lebih 4.10 berbanding dolar AS atau China melemahkan yuan secara pantas.
Halley berkata, oleh kerana Malaysia didominasi sektor dan industri kitaran, ringgit diunjur mencatat peningkatan pada tahun ini sekiranya pemulihan global terus ketara.
Dalam pada itu, Bursa Malaysia dijangka uji semula pada paras 1,600 mata minggu ini.
Saham berkaitan pemulihan dan vaksin mungkin menjadi tumpuan susulan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Menurut Ketua Jualan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Vincent Lau, pengumuman prestasi kewangan korporat yang lebih baik berbanding jangkaan juga akan menyokong bursa tempatan minggu depan.
Bursa Malaysia mengalami corak dagangan tidak menentu sejak minggu lepas, dengan indeks utama pasaran ditutup pada paras terendah harian bagi tiga hari berturut-turut.
Sentimen pelabur dipengaruhi program vaksinasi, prestasi semalaman Wall Street dan pasaran serantau serta prestasi kewangan korporat.
Sementara itu, niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam jajaran kecil minggu ini.
Ini berikutan pasaran mengalami kekurangan pemangkin pergerakan.
Menurut peniaga minyak sawit, David Ng, harga dijangka bergerak di antara RM3,650 dengan RM3,800 untuk satu tan.
Palm Oil Analytics pula berkata, pasaran akan tertumpu kepada data anggaran penawaran dan permintaan bagi Februari sebelum data MPOB dijadual dikeluarkan pada 10 Mac.
Beliau berkata, harga mungkin bergerak mengikut data anggaran itu, dengan tumpuan akan terarah kepada pengeluaran dan kesan seterusnya pada stok akhir bulan.
Bagi minggu lepas pasaran diniagakan tinggi kebanyakannya, menjejaki pengukuhan yang dicatatkan prestasi harga minyak kacang soya yang lebih positif dan stok minyak sawit yang dijangkakan lebih rendah.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#ringgit
#China
#minyak
#COVID-19
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan