Ringgit mengakhiri minggu ini dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat, menjejaki prestasi mata wang Asia yang didahului oleh won Korea Selatan susulan peningkatan kes COVID-19 di republik itu.
Pada 6 petang, ringgit susut 100 mata asas untuk ditutup pada 4.1900/1940 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1840, pada Khamis.
Ketua Strategis Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata jumlah kes COVID-19 Korea Selatan yang disahkan telah meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh dua hari dan negara tersebut kini dilihat sebagai lokasi panas bagi penularan virus itu.
"Sehubungan itu, impak negatifnya terhadap ekonomi Korea Selatan dijangka berterusan ketika kebimbangan itu ketara semula susulan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di luar China.
"Ini meningkatkan kebimbangan di sekitar rantau ini dan menjadikan mata wang negara berkaitan pelancongan seperti dolar Singapura dan ringgit turut terjejas," katanya kepada Bernama.
Agensi berita Xinhua melaporkan hari ini bahawa Korea Selatan mencatat lebih 52 kes COVID-19 yang disahkan, sekali gus menjadikan 156 orang dijangkiti virus itu setakat ini.
Angka jangkitan COVID-19 di negara itu juga telah melonjak dalam tempoh tiga hari selepas 20 kes baharu dilaporkan pada Rabu dan seterusnya 53 kes lain pada Khamis, lapor Xinhua.
Dalam pada itu, Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan berkata, memandangkan ringgit susut lebih dua peratus berbanding dolar AS setakat tahun ini, kenaikan unit negara maju itu sejak akhir-akhir ini hanya menjejaskan lagi prestasi mata wang serantau dalam tempoh terdekat.
Keadaan itu berlaku ketika pasaran cuba menerima reaksi impak ekonomi akibat penularan COVID-19 tersebut.
"Indeks Harga Pengguna (IHP) yang meningkat 1.6 peratus pada Januari, menunjukkan bahawa tekanan inflasi tersebut masih mampu diurus.
"Ini berkemungkinan membolehkan Bank Negara Malaysia untuk melaksanakan kelonggaran dasar jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian, bergantung kepada sejauh mana impak ekonomi akibat penularan COVID-19 berkenaan," kata Han menerusi satu nota penyelidikan, hari ini.
Sewaktu ditutup hari ini, ringgit diniagakan rendah berbanding kebanyakan kelompok mata wang lain.
Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9924/9957 daripada 2.9849/9894 pada Khamis dan susut berbanding yen kepada 3.7504/7550 daripada 3.7328/7367, semalam.
Unit tempatan itu juga turun berbanding euro kepada 4.5286/5346 daripada 4.5140/5191 sebelum ini dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4110/4178 daripada 5.3926/3990, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 21 2020
Pada 6 petang, ringgit susut 100 mata asas untuk ditutup pada 4.1900/1940 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1840, pada Khamis. - Gambar hiasan
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.