Pengurusan kes bagi taksiran ganti rugi Semantan Estate ditetapkan pada 20 Jan 2026

Tarikh itu ditetapkan bagi mengemas kini status pemfailan laporan pakar pentaksiran ganti rugi. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 20 Jan depan untuk pengurusan kes bagi taksiran ganti rugi yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi menetapkan 20 Januari sebagai tarikh pengurusan kes kes Semantan Estate (1952) Sdn Bhd terima ganti rugi dari kerajaan, bagi menyelesaikan status laporan pakar pentaksiran ganti rugi.
- Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Semantan Estate untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan, yang menetapkan Pendaftar Hak Milik Tanah Wilayah Persekutuan tidak perlu mendaftarkan tanah seluas 263.272 ekar atas nama syarikat tersebut.
- Mahkamah Rayuan memutuskan Semantan Estate layak menerima pampasan sewajarnya berdasarkan nilai tanah pada 1956, selepas menentang kerajaan yang membangkang pemilikan tanah Enklaf Duta yang kini memuat bangunan penting seperti Stadium Hoki Nasional dan Mahkamah Syariah.
Pada 13 Nov lepas, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Semantan Estate untuk mendapat kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Pendaftar Hak Milik Tanah Wilayah Persekutuan tidak perlu mendaftarkan tanah seluas 263.272 ekar di Enklaf Duta atas nama syarikat berkenaan.
Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada kerajaan kekal berkuat kuasa kerana syarikat terbabit tidak boleh meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas gagal memperoleh kebenaran.
Pada 24 Jun lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Semantan Estate tidak berhak ke atas hak milik tanah berkenaan namun syarikat itu layak menerima pampasan sewajarnya yang akan ditaksir berdasarkan nilai tanah pada 1956 iaitu ketika ia diambil alih oleh kerajaan.
Tanah yang dipertikai itu terletak di kawasan utama Jalan Duta dikenali sebagai Enklaf Duta menempatkan bangunan kerajaan termasuk Stadium Hoki Nasional, Institut Integriti Malaysia, Arkib Negara, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Kes pertikaian membabitkan Semantan Estate bermula pada 2003 apabila syarikat berkenaan menyaman kerajaan mendakwa tanah itu diambil secara tidak sah.
Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya membuat keputusan yang memihak kepada Semantan Estate dan memutuskan bahawa kerajaan telah mengambil alih tanah itu secara tidak sah dan syarikat berkenaan mempunyai kepentingan benefisial terhadapnya.
Kerajaan telah mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan namun gagal.
Pada Feb 2017, Semantan Estate memfailkan saman terhadap Pendaftar Hak Milik Tanah Wilayah Persekutuan supaya menguatkuasakan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2009 itu.
Mahkamah Tinggi pada Ogos tahun lepas mengarahkan Pendaftar Hak Milik Tanah Wilayah Persekutuan untuk memindahkan hak milik tanah terbabit dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penghakiman namun keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.
Pada 24 Jun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Hakim Datuk Lee Swee Seng (kini hakim Mahkamah Persekutuan) turut memerintahkan agar jumlah pampasan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi ditolak sebanyak RM1.325 juta, yang telah dibayar oleh kerajaan pada 1956.
Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa Semantan Estate berhak mendapat keuntungan sementara terhadap tanah itu, jumlah yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi, selain mengarahkan kedua-dua pihak untuk melantik pakar masing-masing bagi membuat penilaian terhadap tanah terbabit dalam tempoh 90 hari dari tarikh penghakiman.
Pada 28 Ogos lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Semantan Estate untuk menangguhkan perintah Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu yang dikemukakan oleh syarikat itu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi untuk pengurusan kes taksiran ganti rugi antara kerajaan dan Semantan Estate? A: Tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi adalah pada 20 Januari.
- Q: Mengapakah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Semantan Estate untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan pendaftaran tanah di Enklaf Duta? A: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan tersebut kerana syarikat terbabit tidak memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan.
- Q: Apakah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan berkenaan dengan hak milik tanah Semantan Estate di Enklaf Duta? A: Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Semantan Estate tidak berhak atas hak milik tanah tersebut tetapi layak menerima pampasan sewajarnya berdasarkan nilai tanah pada tahun 1956.
- Q: Siapakah yang memutuskan bahawa kerajaan telah mengambil alih tanah Semantan Estate secara tidak sah pada tahun 2009? A: Keputusan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya.
- Q: Apakah bangunan kerajaan yang terletak di kawasan Enklaf Duta yang dipertikaikan oleh Semantan Estate? A: Bangunan kerajaan yang terletak di Enklaf Duta termasuk Stadium Hoki Nasional, Institut Integriti Malaysia, Arkib Negara, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

