awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia intai laluan terus Riyadh, perluas pasaran pelancong Asia Barat
Anggota bomba cedera dihempap gerai burger
Kebakaran tanah gambut: Unit udara JBPM dijangka mulakan kaedah pengeboman air hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka lebih kukuh pada 3.9485, data hambar AS beri tekanan terhadap dolar

Bernama
Bernama
28/01/2026
02:00 MYT
Ringgit dibuka lebih kukuh pada 3.9485, data hambar AS beri tekanan terhadap dolar
Ketika dagangan dibuka pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9485/9500 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh data ekonomi AS yang hambar seterusnya memberi tekanan selanjutnya terhadap mata wang itu.
Ketika dagangan dibuka pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9485/9500 berbanding dolar AS, paras yang kali terakhir dicatatkan pada Mei 2018, daripada 3.9500/9555 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) merosot 1.32 peratus kepada 95.759 mata apabila data terkini mengukuhkan jangkaan terhadap pelonggaran dasar monetari tahun ini.
“Indeks Keyakinan Pengguna oleh Conference Board AS turut susut kepada 84.5 mata pada Januari, merosot melebihi jangkaan dan lebih rendah daripada unjuran konsensus pada 90.6 mata,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata prestasi indeks itu menunjukkan kalangan rakyat AS semakin bimbang terhadap kos sara hidup dan prospek guna tenaga, menandakan perbelanjaan pengguna -- tonggak utama ekonomi AS -- berkemungkinan terus sederhana.
“Selain itu, yen Jepun terus mengukuh susulan perbincangan berterusan mengenai kemungkinan campur tangan terselaras oleh kerajaan Jepun dan Rizab Persekutuan AS,” katanya.
Mohd Afzanizam berkata ringgit berpotensi menembusi paras di bawah 3.95 berbanding dolar AS, dipacu kelemahan berterusan mata wang negara itu.
Bagaimanapun, ringgit dibuka bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama dan mata wang negara rakan serantau ASEAN.
Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4592/4613 daripada 5.4103/4178 ketika ditutup pada Selasa, dan rendah berbanding euro kepada 4.7473/7491 daripada 4.6958/7023.
Unit tempatan juga turun berbanding yen Jepun kepada 2.5890/5902 daripada 2.5691/5730.
Ringgit juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1317/1332 daripada 3.1174/1219 ketika ditutup semalam, dan kurang stabil berbanding baht Thailand kepada 12.7639/7790 daripada 12.7247/7478.
Bagaimanapun, mata wang tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 235.4/235.6 daripada 235.5/236.0, dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.68/6.69 daripada 6.68/6.70.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan