awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Google AI Mode kini boleh diakses terus melalui AI Overview
Kampung Angkat MADANI: Gelanggang futsal baharu pacu pembangunan belia di Chengal Lempong
[KOLUMNIS] Wanita Sudan hebat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba cedera dihempap gerai burger

Bernama
Bernama
28/01/2026
03:00 MYT
Anggota bomba cedera dihempap gerai burger
Tangkap layar video tular yang memaparkan sebuah gerai burger yang terjatuh ketika ditunda sebuah lori.
IPOH: Seorang anggota bomba cedera selepas dihempap sebuah gerai burger yang terjatuh ketika ditunda sebuah lori dalam kejadian di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting di sini.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Abdul Malek Ismail berkata pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu rakaman video papan pemuka yang tular dalam Facebook, semalam.
Beliau berkata mangsa seorang lelaki berusia 28 tahun itu menaiki sebuah motosikal mengalami kecederaan pada bahagian dahi, leher serta tangan kiri dan kanan.
“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai telah berlaku pada 20 Jan kira-kira 3.30 petang apabila lori jenis Rigid buatan Hino yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 30 tahun sedang menunda warung burger berkenaan sedang dalam perjalanan dari Taiping menghala ke Kamunting.
“Bagaimanapun, lori berkenaan telah hilang kawalan menyebabkan warung burger yang ditunda tersebut terjatuh ke atas jalan raya dan terkena pada mangsa serta sebuah lagi kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang wanita berumur 34 tahun,” katanya.
Abdul Malek berkata akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal mengalami cedera pada bahagian dahi, leher dan luka pada tangan serta kaki dan telah mendapat rawatan di Hospital Taiping.
Kes disiasat di bawah Kesalahan Peraturan 92 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 92 LN 170/59).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gerai burger
#hempap
#anggota bomba
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan