awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama

Bernama
Bernama
15/04/2025
02:20 MYT
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat ketika sentimen berhati-hati terus ketara di pasaran susulan kecelaruan dasar tarif import negara maju itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen berhati-hati terus ketara di pasaran susulan kecelaruan dasar tarif import negara maju itu.
Laporan terbaru menyatakan White House sedang merancang mengenakan cukai baharu ke atas semikonduktor dan farmaseutikal.
Pada 8 pagi ini, ringgit diniagakan meningkat kepada 4.4085/4215 berbanding dolar AS daripada paras 4.4100/4160 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kekalutan mengenai tarif itu telah mendorong kesukaran dalam menilai kesan makroekonomi.
Indeks Dolar AS (DXY) juga jatuh kepada 99.640 mata, mencerminkan peralihan sentimen pelabur dengan pasaran mencari tempat selamat alternatif.
"Harga emas kekal tinggi dengan emas semasa pada US$3,227.40 seauns - meningkat 23 peratus daripada US$2,624.50 pada awal tahun.
"Ini menunjukkan pelabur bertindak beralih kepada logam berharga di tengah-tengah ketidaktentuan yang kian meningkat," katanya kepada Bernama.
Susulan DXY yang lebih lemah, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit bergerak dalam julat RM4.40 dan RM4.41 dalam urus niaga hari ini.
Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan meningkat berbanding mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0773/0868 daripada 3.0811/0855, naik berbanding euro kepada 4.9975/5.0122 daripada 5.0199/0267 dan tinggi sedikit berbanding pound Britain kepada 5.8073/8244 daripada 5.8097/8176.
Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1182/1745 daripada 13.1481/1754 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3494/3595 daripada 3.3506/3556.
Ringgit berubah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 262.5/263.5 daripada 262.6/263.2 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.72/7.75 daripada 7.72/7.74.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#tarif Trump
#Indeks Dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan