awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama

Bernama
Bernama
12/08/2025
02:00 MYT
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.2270/2460 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada sesi awal hari ini, menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 pada Jumaat ini, kata penganalisis.
Beliau berkata para peniaga kini memberi tumpuan terhadap pengumuman KDNK Malaysia bagi mendapatkan petunjuk dasar monetari.
Namun, katanya, berikutan tumpuan pasaran terhadap rundingan perdagangan, ada kemungkinan data terkini itu perlu mengatasi jangkaan awal bagi memacu sentimen positif terhadap ringgit.
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.2270/2460 berbanding dolar AS daripada 4.2320/2360 pada akhir urus niaga semalam.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.23 hingga 4.25 berbanding dolar AS, hari ini.
Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.35 peratus kepada 98.52 mata menjelang pengumuman laporan Indeks Harga Pengguna AS (IHP) malam ini dengan jangkaan awal IHP keseluruhan dan teras pada kadar lebih tinggi iaitu masing-masing pada 2.8 peratus dan 3.0 peratus bagi Julai berbanding 2.7 peratus dan 2.9 peratus pada Jun.
"Dalam senario sedemikian, Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat akan datang September ini yang dilihat sebagai menyokong dolar AS," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata selain itu, bank pusat Australia akan mengumumkan keputusan kadar faedahnya hari ini dengan konsensus menjangkakan pengurangan sebanyak 25 mata asas kepada 3.60 peratus.
Sementara itu, sewaktu urus niaga dibuka hari ini, ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Ini termasuk meningkat berbanding yen kepada 2.8528/8658 daripada 2.8657/8686, mengukuh berbanding euro kepada 4.9097/9317 daripada 4.9269/9316 dan naik berbanding pound British kepada 5.6777/7032 daripada 5.6933/6987.
Ringgit juga mengukuh berbanding mata wang serantau lain, termasuk naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2841/2999 daripada 3.2936/2973 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0198/0884 daripada 13.0569/0769.
Unit tempatan itu turut naik berbanding rupiah Indonesia kepada 259.6/260.9 daripada 259.9/260.3 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.41/7.44 daripada 7.42/7.43.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan