KUALA LUMPUR:Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian walaupun prestasi dolar AS merosot, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0420/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0410/0460 sewaktu ditutup semalam.
Penganalisis berkata unit negara maju itu merosot susulan peningkatan selera risiko yang mendorong kestabilan harga minyak, penyusutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10-tahun dan berita positif mengenai vaksin COVID-19.
"Sentimen pada masa ini dilihat membina untuk ringgit, namun pasaran dijangka melaksanakan pendekatan tunggu dan lihat menjelang keputusan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell ke atas kadar faedah AS pada lewat malam ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Strategis Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata unit tempatan dijangka kekal stabil seiring dengan peningkatan positif harga tenaga pada minggu ini.
"Mengenai keputusan Powell, diharapkan beliau akan menyatakan kepada Fed AS untuk mengekalkan kadar faedah rendah bagi tempoh yang panjang," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan itu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0471/0512 daripada 3.0498/0543 pada Rabu dan meningkat berbanding yen kepada 3.8895/8935 daripada 3.8912/8964 semalam.
Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.9163/9216 daripada 4.9252/9325 semalam dan naik berbanding pound kepada 5.5173/5230 daripada 5.5313/5398 semalam.
Bernama
Thu Jan 14 2021

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian walaupun prestasi dolar AS merosot, kata penganalisis. -Gambar fail

Pakar perubatan Kanada dakwa ubat gout mampu ubati COVID-19
Ujian klinikal menunjukkan Colchicine berjaya mengurangkan 21 peratus risiko kematian atau dimasukkan ke hospital terhadap pesakit COVID-19 berbanding plasebo.

COVID-19: Angka korban global melepasi 2.12 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 418,000 kes.

COVID-19: Kes positif dunia menghampiri 100 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.09 juta kes.

Sektor perniagaan di Sibu perlu pohon permit perjalanan berkaitan tugas
Sektor perniagaan di Sibu perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sathianathan harap kerajaan benar Liga-M 2021 berlangsung
Perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.

PKRC MAEPS masih mampu tampung pesakit bergejala rendah
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.

COVID-19: Bank Islam beri bantuan kewangan RM37.9 bilion
Hampir 24,000 permohonan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM3 bilion telah diluluskan di bawah program tersebut.

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Kekalkan OPR pada 1.75 peratus akan beri sokongan kepada ringgit - MARC
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menjangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 1.75 peratus akan memberi sokongan kepada ringgit.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Kenaikan harga minyak dan kelemahan dolar AS menyokong ringgit untuk ditutup lebih tinggi bagi hari kedua berturut-turut hari ini.

Kerugian PKP 2.0 tidak seteruk PKP tahun lepas - Ahli ekonomi
Jangkaan itu dibuat selepas mengambil kira lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi berbanding tahun lepas.

48 disaring selepas jurufoto JSJ IPD Sibu positif COVID-19
Seramai 48 pegawai, anggota dan kakitangan awam Balai Polis Sentral Sibu disaring hari ini selepas seorang jurufoto JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu didapati positif COVID-19.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US selepas pengumuman mengenai PERMAI
Peniaga berkata harga minyak mentah dijangka stabil sejajar dengan kemajuan dalam pelaksanaan vaksin COVID-19.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar.

FXTM jangka MYR akan uji paras 4.00, OPR dijangka kekal
Tindak balas kesihatan dan ekonomi Malaysia terhadap PKP 2.0 yang sedang berlangsung, bersama prestasi dolar AS, akan menjadi pemacu utama.

Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 9.08 pagi, unit tempatan diniagakan tinggi pada 4.0340/0380 berbanding dolar US daripada 4.0370/0420 semasa ditutup semalam.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0420/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0410/0460 sewaktu ditutup semalam.