KUALA LUMPUR: Nilai ringgit lemah berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini apabila dolar terus mendapat perhatian, didorong oleh keputusan Rizab Persekutuan yang semakin cenderung untuk menaikkan kadar faedah.
Keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk menggandakan pengurangan pembelian aset kepada US$30 bilion sebulan akan menyaksikan program pelonggaran secara kuantitatif Rizab Persekutuan berjalan lancar untuk dimuktamadkan menjelang Mac 2022, beberapa bulan lebih awal daripada jadual.
Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan ialah pada 4.2270/2300 berbanding dolar AS daripada 4.2190/2210 penutupan Jumaat minggu lepas.
Dalam nota penyelidikannya, Kenanga Research berkata langkah itu akan membuka jalan ke arah peningkatan kadar faedah yang lebih awal tahun depan dengan kesemua 18 anggota FOMC menjangkakan sekurang-kurangnya satu kenaikan pada 2022 manakala 12 yang lain meramalkan tiga kali kenaikan 0.25 mata asas.
Justeru, ringgit boleh menyusut 0.01 peratus kepada paras 4.22 minggu ini, katanya.
Ia turut mengunjurkan ringgit akan terus lemah ekoran kebimbangan berterusan mengenai penularan varian Omicron.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding mata wang utama yang lain kecuali berbanding euro apabila ia mengukuh kepada 4.7520/7554 daripada 4.7805/7828.
Mata wang tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.5906/5946 daripada 5.6180/6203 Jumaat lepas dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0915/0941 daripada 3.0899/0919 serta jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.7206/7236 daripada 3.7139/7160 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan ialah pada 4.2270/2300 berbanding dolar AS.
KPDN Sabah ambil tindakan 544 kes libat rampasan RM5.18 juta tahun ini
KPDN Sabah telah mengambil tindakan ke atas 544 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan RM5.18 juta untuk tempoh antara 1 Jan lepas sehingga semalam.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
AWANI 7:45 [16/04/2024] - Siasatan diteruskan | Fasa terakhir rukun haji | Pesta gol lagi malam ini? | Diserang 20 perompak
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
- Siasatan kes Zayn Rayyan diteruskan, polis terima aduan kebocoran dokumen
- Memasuki fasa terakhir rukun haji, semoga mendapat haji mabrur
- Pesta gol hari pertama Euro, malam ini giliran Belanda dan England pula
- Rompakan ala filem, 20 perompak pecah masuk kedai barang kemas
- Siasatan kes Zayn Rayyan diteruskan, polis terima aduan kebocoran dokumen
- Memasuki fasa terakhir rukun haji, semoga mendapat haji mabrur
- Pesta gol hari pertama Euro, malam ini giliran Belanda dan England pula
- Rompakan ala filem, 20 perompak pecah masuk kedai barang kemas
Zii Jia juara terbuka Australia
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun Kodai Naraoka di pentas final hari ini.
Jutaan umat Islam tunai fasa terakhir rukun haji
Jutaan umat Islam di Tanah Suci Mekah ketika ini menunaikan fasa terakhir dalam rukun Haji mereka untuk bermalam di Mina dan melaksanakan ibadah melontar. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
AWANI Ringkas: Lelaki tikam ibu direman tujuh hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis
Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha, esok.
Tindakan beri Penyu makan boleh sebabkan kepupusan
Banyak punca menyebabkan penyu menjadi antara spesies yang diancam kepupusan dan salah satu daripadanya ialah dengan tindakan memberi haiwan itu makan. Menuurt Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Mohd Uzair Rusli, memberi makan kepada penyu akan menjejaskan kesihatannya.
Premier Sarawak tidak ambil peduli tohmahan terhadap kepimpinannya
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan beliau tidak ambil peduli tohmahan serta fitnah yang dilontarkan oleh orang luar terhadap kepimpinannya.
RON95: KPDN keluar arahan larangan pembelian berulang di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan arahan larangan pembelian berulang RON95 di semua stesen minyak di Kelantan bagi mengelakkan petrol bersubsidi berkenaan diseleweng ke Thailand.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.