KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini berikutan komen daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk menaikkan kadar faedah AS menjelang awal 2023.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6465/6495 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis 4.6345/6390.
Memetik satu laporan berita, rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes menyatakan presiden Persekutuan (Fed) Chicago Charles Evans telah disebut sebagai berkata bahawa kadar penanda aras AS mungkin akan berada pada 4.5-4.75 peratus menjelang musim bunga akan datang kerana para pegawai bimbang dengan inflasi teras yang tinggi.
"Walaupun harga minyak lebih tinggi, gandingan dolar AS/ringgit sepatutnya lemah pagi ini selepas komen yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah daripada bank pusat, kerana kadar faedah AS yang lebih tinggi bermakna nilai dolar AS akan lebih kukuh," katanya kepada Bernama.
Selain itu, beliau berkata peserta pasaran juga akan mengambil petunjuk daripada data gaji bukan ladang AS kerana ia seharusnya dapat memberikan bayangan tentang kesihatan ekonomi AS.
Di pasaran tempatan, Innes berkata peserta pasaran tempatan akan menantikan pembentangan Bajet 2023 petang ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.1795/1828 daripada 5.2231/2282 pada penutup semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2507/2532 daripada 3.2518/2552 sebelumnya dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.5503/5533 daripada 4.5821/5866 sebelumnya.
Walau bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2056/2081 daripada 3.2033/2066 pada penutupan pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6465/6495 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.