awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
06/01/2023
02:45 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.3950/4000 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Jumaat berikutan permintaan menggalakkan untuk dolar AS apabila data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan angka yang lebih baik daripada jangkaan.
Ini sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan terus menaikkan kadar untuk memerangi inflasi, kata seorang peniaga.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.3950/4000 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.3860/3915.
Bercakap kepada Bernama, rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata beliau menjangkakan ringgit mengalami sedikit penurunan hari ini memandangkan data pekerjaan swasta AS yang kukuh menjelang data pembayaran gaji bukan ladang AS malam ini akan mengubah skala yang memihak kepada pendirian Rizab Persekutuan dan ini memberi peluang untuk dolar AS.
"Ekoran dorongan pembukaan semula China yang kuat, saya berpendapat kerugian (ringgit) akan terhad, tetapi peniaga tempatan mungkin lebih defensif menjelang laporan Pekerjaan AS yang kritikal pada hari Jumaat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.2406/2466 daripada 5.2781/2847 pada penutup Khamis dan mengukuh berbanding euro menjadi 4.6279/6332 daripada 4.6588/6647 semalam.
Mata wang turut meningkat meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2694/2736 daripada 3.2748/2794 sebelumnya dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2911/2954 daripada 3.3104/3148 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan