KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan unit negara maju kekal stabil meskipun menurun semula berikutan hasil AS yang lemah, dan menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS lewat hari ini, kata ahli ekonomi.
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7995/8050 berbanding dolar AS daripada 4.7975/8000 semasa ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit akan terus diniagakan dalam sentimen berhati-hati menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna Malaysia pada Jumaat.
"Semalam, mata wang tempatan mencecah 4.80 dalam masa singkat berbanding dolar AS, justeru, Bank Negara Malaysia memberikan maklum balas dengan mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan pasaran semasa.
"Di negara jiran, Perdana Menteri Thailand menggesa bank pusat mengurangkan penanda aras kadar faedah bagi menyokong ekonomi manakala China telah mengejutkan pasaran apabila menurunkan Kadar Utama Pinjaman lima tahun yang melebihi jangkaan, daripada 4.20 peratus kepada 3.95 peratus.
"Oleh itu, sentimen pasaran dijangka berhati-hati dalam tempoh terdekat memandangkan peserta akan menilai hala tuju mata wang pasaran sedang pesat membangun berikutan Rizab Persekutuan dijangka menangguhkan langkah pelonggaran monetarinya.
"Pasaran semasa dilihat cenderung kepada dolar AS memandangkan perbezaan kadar faedah yang luas," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan rendah ketika dibuka hari ini berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1988/2029 daripada 3.1926/1945 semasa ditutup pada Selasa, turun berbanding pound Britain kepada 6.0584/0654 daripada 6.0468/0499 semalam, dan merosot berbanding euro kepada 5.1878/1937 daripada 5.1799/1826 sebelum ini.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.
Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 13.3109/3324 berbanding 13.3016/3148 semasa ditutup pada Selasa dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.5703/5746 daripada 3.5672/5693.
Mata wang tempatan turut rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 306.4/306.9 daripada 306.3/306.6 dan tidak banyak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.56/8.58 daripada 8.56/8.57 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7995/8050 berbanding dolar AS daripada 4.7975/8000 semasa ditutup pada Selasa. -Gambar fail/Bernama
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.