KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan sesi awal dagangan pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana sentimen penghindaran risiko dijangka terus menguasai hala tuju mata wang tempatan.
Pada jam 9.03 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.3635/3695 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.3465/3515.
Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata gandingan dolar AS/ringgit diunjur kekal lemah hari ini memandangkan kebimbangan mengenai kemungkinan pengetatan agresif oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) akan sekali lagi mempengaruhi pasaran.
Beliau menambah ini berlaku walaupun terdapat komunikasi yang jelas oleh Fed selepas mengadakan perbincangan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan minggu ini.
"Selain itu, prospek ekonomi suram bertambah selepas Bank of England (BOE) menaikkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas kepada 1.00 peratus. Bank pusat berpendapat ekonomi UK akan mengalami penguncupan sebanyak 0.25 peratus pada 2023 sebelum menyambung kembali pertumbuhan 0.25 peratus pada 2024.
"Sebab utamanya adalah tidak lain dan tidak bukan ialah tekanan inflasi yang meningkat dan ini boleh menjejaskan kuasa beli pengguna dan margin perniagaan manakala gangguan dalam rantaian bekalan bersama-sama konflik ketenteraan di Ukraine akan memberikan tekanan selanjutnya terhadap inflasi," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Pada masa ini, dolar AS-ringgit Malaysia didagangkan di atas paras sokongannya RM4.3420 manakala paras rintangannya kini pada RM4.449.
"Berdasarkan petunjuk teknikal, risiko penurunan terhadap ringgit agak terhad memandangkan mata wang itu sudah berada pada kedudukan terlebih jual. Kami percaya ringgit boleh kekal sekitar RM4.35 hari ini kerana sentimen penghindaran risiko akan terus menguasai hala tuju ringgit," tambahnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.1492/1540 daripada penutupan semalam (Khamis) 3.1549/1588 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3946/4020 daripada 5.4622/4685.
Nilai ringgit turut mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3444/3493 daripada 3.3517/3558 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5996/6059 daripada 4.6056/6108.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Pada jam 9.03 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.3635/3695 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.3465/3515. -Gambar fail/Reuters
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.