KUALA LUMPUR: Permintaan yang lebih baik untuk dolar AS berikutan jangkaan peningkatan hasil bon AS, menyaksikan nilai ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS, kata seorang penganalisis.
Pada 9.04 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.5475/5520 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Isnin pada 4.5470/5515.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perutusan terbaru daripada Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen terus menunjukkan kebuntuan siling hutang berpotensi menjadi penghalang kepada ekonomi kerana kerajaan tidak akan dapat membayar semula komitmen kewangannya termasuk obligasi hutang.
"Ini mungkin menyebabkan hasil bon meningkat kerana risiko kredit untuk kerajaan AS akan melonjak.
"Justeru, ia akan terus melemahkan sentimen dalam pasaran pertukaran asing (FX), dan menjuruskan kepada permintaan yang lebih tinggi bagi dolar AS kerana pelabur mencari perlindungan daripada situasi tidak menentu yang melampau," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam seterusnya berkata Indeks dolar AS (DXY) kekal pada paras tinggi, dengan gandingan dolar AS-ringgit semalam melepasi paras rintangan semerta RM4.5491.
"Paras rintangan seterusnya ialah pada RM4.6257 berdasarkan bacaan teknikal.
"Bagaimanapun, ringgit sudah berada pada kedudukan terlebih jual dan oleh itu, dolar-ringgit akan kekal dalam julat kecil sekitar RM4.55 kerana kami percaya mungkin terdapatnya tolak-ansur dalam kebuntuan siling hutang AS," katanya.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6548/6604 daripada 5.6578/6634 pada Isnin, meningkat berbanding euro kepada 4.9154/9203 daripada 4.9189/9238 dan lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.2810/2845 daripada 3.2973/3008 semalam.
Berbanding mata wang Asean yang lain pula, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 305.3/305.8 daripada penutup Isnin, meningkat kepada 3.3773/3811 daripada 3.3799/3835 berbanding dolar Singapura dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.1835/2019 daripada 13.1950/2138.
Ringgit bagaimanapun menyusut berbanding peso Filipina kepada 8.16/8.17 berbanding 8.14/8.16 daripada penutupan Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Pada 9.04 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.5475/5520 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Isnin pada 4.5470/5515. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat
Katanya, Fed AS dilihat tidak tergesa-gesa meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.