KUALA LUMPUR: Nilai ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini berikutan sentimen pasaran yang bercampur-campur.
Seorang penganalisis berkata kebimbangan terhadap pertumbuhan global juga semakin memuncak susulan pemotongan kadar dasar oleh Bank Rakyat China (PBOC) baru-baru ini.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut sedikit kepada paras 4.6470/6530 berbanding dolar AS daripada 4.6465/6510 pada penutup Isnin.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS 10 tahun turut tinggi, membayangkan premium inflasi kekal ketara dan ini mungkin memerlukan pengetatan dasar monetari yang berpanjangan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
Justeru, Mohd Afzanizam berkata Simposium Jackson Hole yang merupakan perhimpunan tahunan bank-bank pusat global akan dipantau dengan teliti, khususnya ucapan pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai perkembangan dasar monetari AS pada masa hadapan.
Acara ini akan berlangsung bermula 24-26 Ogos 2023.
"Gandingan ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal dalam julat 4.64 hingga 4.65 dalam tempoh terdekat. Dari sudut analisis teknikal, ringgit sudah berada dalam kedudukan terlebih jual, menunjukkan risiko penurunan selanjutnya adalah terhad.
"Pada masa ini, paras sokongan dan rintangan bagi USD/MYR ialah pada paras 4.6257 dan 4.7495. Dalam pada itu, ringgit dilihat berlegar lebih dekat kepada paras sokongannya," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun, menyaksikan ia meningkat kepada 3.1783/1826 daripada 3.1869/1902 pada penutup semalam.
Mata wang tempatan lemah berbanding euro kepada 5.0652/0718 daripada 5.0647/0696 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.9305/9382 daripada 5.9196/9254 sebelumnya.
Pada masa yang sama, ringgit diniaga rendah berbanding mata wang Asean kecuali rupiah Indonesia dengan kekal tidak berubah pada 303.1/303.7.
Ringgit menyusut nilai berbanding baht Thai kepada 13.2242/2485 daripada 13.2070/2258, turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4247/4296 daripada 3.4241/4279 dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.28 daripada 8.24/8.26 pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut sedikit kepada paras 4.6470/6530 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.