awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
28/07/2022
03:35 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit sepatutnya 'selesa' sedikit hari ini apabila Jerome Powell dilihat kurang cenderung ke arah menaikkan kadar faedah lagi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini.
Pada jam 9.24 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4485/4525 berbanding dolar AS daripada penutup hari Rabu pada 4.4570/4590.
Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, ringgit sepatutnya merasa "selesa" sedikit hari ini apabila pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat, Jerome Powell dalam ulasannya dilihat kurang cenderung ke arah menaikkan kadar faedah lagi selepas kenaikan kadar 75 mata asas semalam.
Pada Rabu, Powell disebut sebagai berkata akan ada satu peringkat yang mana Fed akan mula melambatkan kenaikan kadar faedah untuk menilai impaknya.
Innes menyatakan bahawa Fed juga tidak melihat ekonomi AS dalam kemelesetan.
"Saya berpendapat ramai bertaruh untuk keluaran dalam negara kasar AS yang lebih lemah dan ini menyebabkan prospek dolar AS kurang memberangsangkan hari ini," tambahnya.
Sementara itu, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2189/2222 daripada penutupan urus niaga Rabu pada 3.2111/2130 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2813/2848 dari 3.2614/2631.
Ringgit juga lebih rendah berbanding euro kepada 4.5366/5407 daripada 4.5207/5228 semalam dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.4085/4133 daripada 5.3783/3807.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#keluaran dalam negara kasar AS
#kadar faedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan