awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
Malaysia-India sepakat kukuhkan penggunaan ringgit-rupee dalam perdagangan
JKKP keluar notis larangan susulan kemalangan maut tapak pembinaan hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
29/07/2022
03:30 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4485/4520 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini lebih tinggi berbanding dolar AS di tengah-tengah hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah berikutan penguncupan ekonomi di negara itu pada suku kedua 2022.
Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4485/4520 berbanding dolar AS daripada penutupan urus niaga Khamis pada paras 4.4515/4550.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kebimbangan mengenai kemelesetan global yang berterusan serta tanda-tanda meningkatnya ketegangan antara Washington dan Beijing terhadap kemerdekaan Taiwan boleh mempengaruhi mata wang Asia termasuk ringgit.
"Walaupun hasil AS yang lemah adalah positif untuk ringgit, kemerosotan itu adalah disebabkan kemelesetan ekonomi di AS," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2240/2270 daripada penutup Khamis 3.2192/2222 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3084/3113 daripada 3.2865/2893.
Nilai ringgit turut lemah berbanding euro kepada 4.5366/5401 daripada 4.5196/5232 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4160/4203 daripada 5.4001/4044 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan