KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syairkat (AS) pada Isnin menjelang data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS dikeluarkan esok.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5455/5485 berbanding dolar AS daripada 4.5535/5565 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dengan dolar AS mengalami penurunan, perkara yang menjadi data penting yang perlu diberi tumpuan adalah Indeks ISM AS untuk sektor pembuatan dan Pembayaran Gaji Bukan Ladang (NFP) bagi Julai.
"Indeks ISM dijangka menunjukkan sedikit penurunan kepada 46.5 pada Julai, turun daripada 46.0 sebelum ini.
"Sementara itu, NFP yang dijadual dikeluarkan Jumaat ini diunjurkan pada 184,000, lebih rendah daripada angka sebelumnya iaitu 209,000," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata Reserve Bank of Australia dijadual mengumumkan keputusannya mengenai kadar penanda aras faedah esok, dengan pasaran menjangkakan kenaikan 25 mata asas.
"Secara keseluruhannya, ringgit Malaysia diunjurkan diniagakan dalam julat RM4.54 hingga RM4.56 berbanding dolar AS sepanjang minggu ini berikutan prestasi dolar AS yang kurang stabil," katanya.
Dalam pada itu, unit tempatan didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2265/2289 daripada 3.2691/2715 ketika ditutup pada Jumaat lepas namun susut berbanding euro kepada 5.0105/0138 daripada 4.9966/9998.
Unit tempatan juga turun berbanding pound British kepada 5.8446/8485 daripada 5.8362/8401.
Ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara ASEAN yang lain.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4148/4176 daripada 3.4183/4208 pada Jumaat lepas, lebuh kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 300.8/301.2 daripada 301.4/301.8 dan stabil berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.30 daripada 8.29/8.31.
Walau bagaimanapun, ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 13.2878/3036 daripada 13.2058/2218 Jumaat minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5455/5485 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan bertanding di kubu kuat parti, Uttar Pradesh
Rahul menghantar borang pencalonan untuk Raebareli pada Jumaat yang dihadiri ibunya Sonia Gandhi dan Presiden Parti Kongres Mallikarjun Kharge.
Azizulhasni raih motivasi hadapi minggu mencabar di Jepun
Azizulhasni menang dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional.
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.
Tumpuan Sabtu - 04 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.