awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
04/10/2023
03:30 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pelabur global menerima berita pasaran yang memberi petunjuk bercampur-campur. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pelabur global menerima berita pasaran yang memberi petunjuk bercampur-campur mengenai tindakan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya, kata Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7200/4.7250 berbanding dolar AS daripada 4.7215/7255 semalam.
"Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat berikutan Fed dilihat berbeza berhubung kadar kenaikan kadar faedah susulan bank pusat lain nampaknya telah mencapai kadar terminal mereka," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata peningkatan mendadak hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun - naik 12 mata asas kepada 4.80 peratus - menunjukkan premium inflasi terus meningkat.
"Oleh itu, kami menjangka ringgit akan kekal pada kecenderungan rendah," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9409/9461 daripada 4.9500/9542 pada Selasa dan naik berbanding pound kepada 5.6999/7059 daripada 5.7031/7079.
Bagaimanapun, ia merosot berbanding yen kepada 3.1635/1671 daripada 3.1504/1533 semalam.
Ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4352/4394 daripada 3.4366/4400 pada Selasa, naik berbanding baht Thailand kepada 12.7224/7417 daripada 12.7381/7540 semalam dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 302.9/303.4 daripada 303.0/303.4 sebelum ini.
Bagaimanapun, mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 daripada 8.30/8.31 pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan