awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
14/10/2025
02:30 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2220/2315 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen pasaran tempatan yang bertambah baik, disokong oleh kenyataan positif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangkaan perubahan dalam dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS, kata penganalisis.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2220/2315 berbanding dolar AS daripada 4.2265/2295 ketika ditutup semalam.
Seorang penganalisis berkata sentimen pasaran bertambah baik berikutan komen gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour yang menyatakan bahawa ringgit berpotensi meningkat kepada RM4 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat dalam persekitaran penutupan kerajaan AS yang berterusan, trend itu mungkin tidak mampan.
Beliau berkata Presiden Fed Philadelphia Anna Paulson semasa perhimpunan National Association for Business Economic telah memberi bayangan bahawa kadar faedah harus diturunkan ke tahap yang lebih neutral kerana kesan inflasi daripada tarif kelihatan boleh diurus dengan baik.
"Justeru, peningkatan dalam DXY nampaknya tidak mampan. Sekiranya penutupan kerajaan AS dapat diselesaikan, DXY dijangka mengalami pembetulan.
"Buat masa ini, ia kekal positif dalam dolar. Oleh itu, jangkakan pertukaran mata wang dolar AS-ringgit dijangka berlegar sekitar RM4.22 hari ini," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggit berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.8832/8942 daripada 4.9006/9041 ketika ditutup pada Isnin, menokok berbanding yen Jepun kepada 2.7694/7758 daripada 2.7775/7796 dan melonjak berbanding pound Britain kepada 5.6292/6419 daripada 5.6369/6409.
Dalam pada itu, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang negara ASEAN.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.9517/9888 daripada 12.9878/13.0030, menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.2507/2588 daripada 3.2562/2587, meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.25/7.27 daripada 7.26/7.26 dan tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 254.7/255.4 daripada 255.0/255.3 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan