awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pengukuhan harga minyak

Bernama
Bernama
05/05/2021
03:13 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pengukuhan harga minyak
Ringgit meneruskan kenaikannya berbanding dolar US untuk hari kedua berturut-turut berikutan harga minyak mentah Brent yang lebih kukuh, kata peniaga. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikannya berbanding dolar US untuk hari kedua berturut-turut berikutan harga minyak mentah Brent yang lebih kukuh, kata peniaga.
Ini telah menampan kesan penyusutan unit tempatan yang selanjutnya di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Selangor.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.1170/1220 berbanding dolar US daripada 4.1200/1260 sewaktu ditutup pada Selasa.
Setakat ini, minyak mentah diniagakan pada US$69.47 setong, meningkat sebanyak 0.86 peratus.
Rakan Kongsi Urusan Global, SPI Asset Management, Stephen Innes berkata lonjakan harga minyak akan menawarkan garis hayat kepada kejatuhan ringgit apabila PKP dikuatkuasakan.
PKP 3.0 akan dilaksanakan di enam daerah di Selangor iaitu Petaling, Sepang, Klang, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat bermula 6 hingga 17 Mei 2021.
"Keyakinan turut ada mengenai peningkatan semula permintaan minyak susulan pembukaan semula sebahagian ekonomi," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Stephen berkata kenaikan semula kes COVID-19 meningkatkan risiko kepada sekatan sosial yang lebih ketat yang secara umumnya menyaksikan pelabur mengurangkan aset risiko mereka di negara-negara yang merekodkan peningkatan kes pandemik itu.
Dalam perkembangan lain, pelabur juga akan memantau mesyuarat dasar monetari ketiga Bank Negara Malaysia yang mana bank pusat itu dijangka mengekalkan kadar faedah pada 1.75 peratus.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang pesat membangun yang lain dengan unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0839/0879 daripada 3.0852/0902 dan tinggi berbanding yen kepada 3.7650/7699 daripada 3.7653/7711.
Bagaimanapun, berbanding pound Britain, ringgit susut kepada 5.7222/7296 daripada 5.7181/7273 dan turun berbanding euro kepada 4.9486/9551 daripada 4.9473/9549 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#minyak mentah Brent
#PKP
#Selangor
#COVID-19
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#Bank Negara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan