KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Khamis selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat membuat keputusan sebulat suara untuk mengekalkan Kadar Dana Persekutuan pada julat 5.25 peratus hingga 5.50 peratus semasa mesyuaratnya malam tadi.
Pada 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7520/7570 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.7695/7735.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan Rizab Persekutuan AS sejajar dengan jangkaan pasaran.
"Bagaimanapun, penilaian Rizab Persekutuan terhadap ekonomi menunjukkan pendirian yang lebih berhati-hati. Dalam kenyataan FOMC yang disertakan, secara jelas dinyatakan bahawa keadaan kewangan dan kredit yang ketat dijangka memberi kesan kepada aktiviti ekonomi.
"Istilah "kewangan" berkemungkinan merujuk kepada peningkatan ketara dalam hasil perbendaharaan AS jangka panjang, yang telah mengurangkan keperluan untuk Rizab Persekutuan melaksanakan langkah tambahan ketat monetari," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1600/1635 daripada 3.1540/1569 pada penutup Rabu, rendah berbanding euro kepada 5.0371/0424 daripada 5.0313/0356 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7936/7997 daripada 5.7897/7946 sebelumnya.
Berbanding mata wang Asean yang lain, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur.
Ringgit menambah nilai berbanding rupiah Indonesia pada 298.1/298.6 daripada 299.2/299.6 dan meningkat berbanding peso Filipina pada 8.37/8.39 daripada 8.39/8.41
Namun begitu, mata wang tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.4800/4840 daripada 3.4786/4820 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1982/2176 daripada 13.1645/1803 pada penutup semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Pada 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7520/7570 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.