KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dalam keadaan dagangan yang berhati-hati dengan para pelabur memantau rapat perkembangan semasa termasuk pengeluaran data inflasi AS dan rombakan Kabinet Malaysia.
Pada 9 pagi, nilai ringgit mengukuh untuk mencatatkan paras 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada paras 4.6805/6850.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata anggaran konsensus telah menempatkan data keseluruhan indeks harga pengguna (IHP) AS untuk November 2023 pada 3.1 peratus, susut sedikit daripada 3.2 peratus sebelumnya, manakala IHP teras mungkin kekal pada 4.0 peratus.
Indeks Dolar AS (DXY) dilihat meningkat 0.08 peratus kepada 104.095 mata.
"Pasaran mencari lebih petunjuk bahawa kadar AS akan diturunkan tahun depan dan dengan yang demikian, akan memberi perhatian pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan datang, terutamanya mengenai unjuran 2024," katanya kepada Bernama.
Mesyuarat FOMC selama dua hari akan bermula malam ini.
Dalam unjuran sebelumnya pada September, Mohd Afzanizam berkata Rizab Persekutuan AS melihat penurunan sekitar 25 hingga 50 mata asas dalam Kadar Dana Persekutuan tahun depan.
"Justeru, pengurangan kadar faedah yang lebih besar untuk tahun depan akan memberi petanda baik kepada ringgit, " katanya.
Di dalam negara pula, rombakan Kabinet dijangka berlaku hari ini, dan menurut sumber ia membabitkan pelantikan menteri kewangan II.
Sumber itu turut menambah majlis mengangkat sumpah Menteri Persekutuan dijadualkan pada 2.30 petang Selasa.
Sementara itu, ringgit kebanyakannya bergerak lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.8732/8795 daripada 5.8782/8839 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding euro kepada paras 5.0326/0380 daripada 5.0414/0462 sebelumnya.
Namun begitu, nilai mata wang tempatan lemah berbanding yen Jepun menjadi 3.2071/2108 daripada 3.2034/2067 semalam.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang Asean yang lain.
Nilai ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada penutupan Isnin pada 8.41/8.42, tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 299.2/299.6 daripada 299.6/299.9 sebelumnya, dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.4802/4842 berbanding 3.4830/4866 semalam.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 13.1147/1365 daripada 13.1103/1306 pada tutup Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
Pada 9 pagi, nilai ringgit mengukuh untuk mencatatkan paras 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada paras 4.6805/6850. -Gambar fail/Reuters
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu akan direman esok
Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi mendapatkan perintah reman.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur menunggu pengumuman mengenai prestasi KDNK suku pertama 2024.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.