Ringgit dijangka lebih kukuh minggu depan berdasarkan unjuran pengukuhan Bursa Malaysia, selain perbezaan pulangan hasil yang positif antara unit tempatan dan mata wang lain yang dijangka terus menarik dana asing, kata peniaga.
"Prestasi baik bursa tempatan baru-baru ini telah menarik pelabur asing untuk membeli lebih banyak ringgit dan momentum ini dijangka berterusan minggu depan," kata seorang peniaga.
Hong Leong Bank Bhd (HLBB) dalam nota kajiannya berkata ringgit mencatat keuntungan kukuh yang mengejutkan meskipun wujud risiko politik, namun dengan kebimbangan mengenai pilihan raya semakin reda, unit tempatan itu dijangka kembali meningkat secara beransur-ansur disokong oleh unjuran pertumbuhan tempatan yang kukuh.
HLLB berkata kemasukan berterusan dana dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dijangka menjadi pemangkin utama yang menyokong pengukuhan ringgit selain asas ekonomi Malaysia kukuh.
Walaupun keadaan ekonomi domestik dijangkakan kekal kukuh, namun perkembangan kebelakangan ini menunjukkan masih wujud risiko aliran menurun di pasaran luar, katanya.
"Ini ditambah dengan unjuran kemasukan luar yang dirangsang oleh pelonggaran besar-besaran oleh bank pusat utama yang membolehkan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) yang kukuh bagi menyekat lebih banyak kemasukan portfolio," katanya.
HLBB bagaimanapun berkata masih ada perbezaan pulangan yang positif yang akan terus menarik dana yang mahukan pulangan tinggi terutama jika lebih banyak bank pusat di rantau ini memutuskan untuk mengurangkan kadar, dan menyokong ringgit.
"Kami berpendapat peningkatan ringgit berbanding dolar US baru-baru ini sudah terlalu tinggi dan berkemungkinan kembali kepada 3.00 walaupun pasangan mata wang itu masih menguji tahap sokongan utama seterusnya pada 2.9390 sebelum kembali susut," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden/Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan berkata prestasi ringgit yang kukuh dipengaruhi oleh kemasukan dana asing dan pendirian bank-bank pusat global yang lebih akomodatif.
"Hakikat bahawa ringgit mencecah di bawah paras psikologi 3.0000 untuk ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan berbanding dolar menunjukkan bermulanya aliran meningkat yang dirangsang oleh keputusan positif pilihan raya umum ke-13 yang baru berlalu," katanya.
Nazri berkata pada minggu akan datang, pasaran tempatan dijangka memperoleh sokongan daripada keputusan Bank Negara Malaysia yang mengekalkan kadar OPR pada 3.00 peratus pada mesyuarat terbarunya.
Sepanjang minggu lepas, mata wang tempatan didagangkan antara 2.961 dan 2.9900.
Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh kepada 2.9900/9930 berbanding dolar US daripada 3.0315/0345 sebelumnya.
Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.4146/4172 daripada 2.4578/4611 Jumaat lepas dan meningkat berbanding yen kepada 2.9478/9523 daripada 3.0888/0925 sebelumnya.
Ia meningkat berbanding pound British kepada 4.6061/6116 berbanding 4.7139/7200 Jumaat lepas dan lebih tinggi daripada euro kepada 3.8864/8906 daripada 3.9795/9840 Jumaat sebelumnya.
Bernama
Sat May 11 2013
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah, jatuh 12 peratus
Indeks saham Nikkei ditutup dengan penurunan mata terbesar dalam sejarah pada Isnin, menjunam lebih 4,400 mata dan jatuh lebih 12 peratus.
Saham YTL Power, Ranhill digantung mulai Selasa
Saham Pengeluar kuasa bebas YTL Power International Bhd dan pesaing kecil Ranhill Utilities Bhd digantung mulai Selasa.
Bangunan bersejarah bursa saham Denmark terbakar
Bangunan itu siap dibina pada 1625 dan antara bangunan tertua di Copenhagen.
COVID-19: Itali catat lebih 1,000 kematian, bursa saham menjunam
Itali kini merupakan negara Eropah paling teruk dilanda wabak ini, dengan angka kematian melonjak dalam sehari, dari 189 ke 1,016.