KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangkan dalam julat terhad pada paras 4.5100-4.5200 berbanding dolar AS menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang keluar pada pertengahan minggu depan.
Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata "pasaran akan bertindak balas berdasarkan laporan inflasi AS."
"Mungkin, tiada sebarang petunjuk baharu yang menghalang ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS daripada mengulas secara terbuka kepada orang awam sebelum tarikh mesyuarat sepatutnya memberikan sedikit kestabilan dalam pasaran mata wang," katanya kepada Bernama.
Data indeks harga pengguna (CPI) AS akan dikeluarkan minggu depan sebelum FOMC bermesyuarat dari 21-22 Mac.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata prospek kenaikan semula dalam kadar kenaikan Rizab Persekutuan AS (Fed) kembali menjadi tumpuan.
"Hala tuju ringgit akan sangat bergantung pada sama ada data makro AS yang akan datang membolehkan Fed mengekalkan kadar kenaikan 25 mata asas semasanya, yang bermakna senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang kurang memberangsangkan dan data inflasi yang lebih lemah.
"Dalam kes itu, ia boleh memberikan sedikit kelegaan untuk ekuiti Malaysia apabila minyak dan komoditi lain meningkat, terutamanya jika data aktiviti akan datang menyokong keyakinan berkaitan China, (menyebabkan) kekuatan dolar AS baru-baru ini susut," katanya.
Innes berkata bahawa buat masa ini, risiko cenderung ke arah kadar faedah AS yang lebih tinggi dan dolar AS yang lebih kukuh.
"Pada Jumaat, dagangan agak lengang, dengan ringgit didagangkan secara defensif menjelang pengeluaran data NFP. Saya percaya kita akan menghampiri kemuncak Fed memandangkan inflasi AS dijangka terus menurun.
"Saya fikir ringgit mampu diniagakan lebih baik minggu depan apabila data aktiviti China keluar tetapi data ekonomi AS perlu membantu; ringgit mungkin didagangkan pada 4.5050 hingga 4.5350. Tetapi saya lebih yakin dengan ringgit berbanding konsensus," katanya.
Kenanga Research berkata mata wang tempatan itu dijangka mengakhiri aliran menurunnya dan didagangkan sedikit lebih kukuh berbanding dolar AS jika aliran CPI AS menurun, dengan tahap rintangan pada 4.4850.
"Sebaliknya, penembusan di atas paras 4.5380 mungkin menandakan lanjutan aliran kenaikan dolar AS," katanya.
Mata wang tempatan mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berbanding dolar AS.
Pada asas minggu ke minggu, ringgit lebih lemah berbanding dolar AS pada 4.5180/5220 ketika ditutup pada Jumaat berbanding 4.4765/4780 seminggu sebelumnya.
Mata wang tempatan itu juga susut berbanding sekumpulan mata wang utama berbanding minggu sebelumnya.
Ia merosot berbanding pound Britain pada 5.4148/4196 daripada 5.3642/3660 dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.3316/3351 daripada 3.3255/3269.
Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.7823/7865 daripada 4.7487/7503 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.3038/3070 daripada 3.2877/2890.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Kenanga Research berkata ringgit dijangka mengakhiri aliran menurunnya dan didagangkan sedikit lebih kukuh berbanding dolar AS jika aliran CPI AS menurun, dengan tahap rintangan pada 4.4850. - Gambar/ Reuters
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.
Momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan minggu depan
Ringgit dijangka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit paling kukuh berbanding dolar AS di Asia - Rafizi
Ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.
Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini
Maybank Research menjangkakan ringgit lebih kukuh akhir tahun ini pada RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.