KUALA LUMPUR: Kalangan ahli ekonomi mengunjurkan prospek lebih baik bagi ringgit dalam suku kedua 2023 di tengah-tengah jangkaan ekonomi negara yang berdaya tahan.
Kenanga Investment Bank Bhd menerusi nota Pandangan Ekonomi hari ini menyifatkan momentum pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan turut menyokong keyakinan pelabur dan menarik aliran modal asing.
Sehubungan itu, bank pelaburan tersebut tidak melihat sebarang risiko daripada pilhan raya negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi.
"Kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) akibat jangkaan pasaran terhadap kecenderungan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah, persekitaran politik Malaysia yang lebih stabil dan prospek ekonomi lebih berdaya tahan, berkemungkinan besar dapat membantu ringgit diniagakan lebih mengukuh di bawah paras 4.40 menjelang akhir suku kedua," katanya.
Susulan itu, ia masih mengekalkan unjuran suku kedua dan akhir 2023 dengan ringgit masing-masing pada 4.35 dan 4.11 berbanding dolar AS.
Bank pelaburan itu bagaimanapun mengingatkan bahawa ketegangan kian ketara antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta konflik Rusia-Ukraine yang berterusan, menjadi antara risiko yang boleh memberi tekanan kepada ringgit.
"Selain itu, kemelut perbankan di AS dan Eropah setakat ini tiada peningkatan bagi mengelak risiko secara ketara, sebagaimana dipaparkan menerusi Indeks Volataliti Opsyen Bursa Lembaga Chicago.
"Di sebalik kebimbangan mengenai potensi risiko, beberapa pelabur masih memilih untuk melabur dalam aset berisiko, khususnya di negara sedang pesat membangun. Ini mungkin disebabkan oleh pertumbuhan jangka panjang yang berpotensi dan mengatasi risiko jangka pendek," katanya.
Kenangan Investment Bank berkata adalah penting untuk menyedari bahawa keadaan kekal dinamik dengan krisis perbankan serantau di AS dan negara maju itu juga berdepan satu lagi pusingan kemelut kewangan.
Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa kenaikan kadar di peringkat domestik akan membantu pengukuhan ringgit dalam suku kedua.
Beliau juga optimis dengan jangkaan ringgit mencecah paras 4.35 berbanding dolar AS, dapat dicapai menjelang akhir suku tersebut.
Kali terakhir ringgit mencecah paras itu adalah pada Februari lepas dan seterusnya pada 4.52 yang juga paras paling lemah setakat tahun ini.
Menurutnya, pada masa ini, pihak Fed lebih berpendirian terkawal dari segi mengetatkan kitaran monetari.
Mohd Afzanizam juga menjangkakan Fed mungkin melaksanakan kenaikan sebanyak 25 mata asas lagi pada Mei yang menjadikan Kadar Dana Fed (FFR) kepada 5.25 peratus.
Berikutan itu, beliau menyifatkan data-data yang bakal diumumkan sebagai penting dalam membentuk pendirian Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di masa depan.
"Kami percaya bahawa ekonomi AS akan mula menyederhana pada suku kedua susulan impak kenaikan kadar faedah sebelum ini berjumlah 475 mata asas sejak awal tahun lepas dan akan mula memberi kesan kepada ekonomi.
"Apabila kos pinjaman tinggi, perniagaan berkemungkinan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan berkaitan perbelanjaan modal. Ini berikutan kekangan kadar faedah atau di peringkat dalaman yang menjadi mekanisme lazim bagi pelaksanaan pematuhan atau usaha wajar yang mungkin diperketat.
"Pada masa sama, isi rumah juga tidak berminat jika kadar faedah terlalu tinggi dan mengelak daripada membeli barangan berharga mahal. Dinamik sedemikian akan memberi kesan kepada sektor-sektor tertentu seperti hartanah, bank, prosfesional dan bahan binaan," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
Kenanga Investment Bank masih mengekalkan unjuran suku kedua dan akhir 2023 dengan ringgit masing-masing pada 4.35 dan 4.11 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 - Fahmi
Orang ramai diingat supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98.
Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah
Perkembangan tersebut berdasarkan analisa perbankan yang melihat pertumbuhan positif ekonomi negara selain keyakinan pelabur terhadap syarikat tempatan.
Ringgit 'undervalued', BNM tingkat perbincangan galak aliran masuk - Gabenor
Memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin, kata penganalisis.
Nilai ringgit dijangka lebih baik susulan pembaharuan struktur berterusan kerajaan - Ahli ekonomi
Turun naik mata wang terutamanya bagi ringgit, adalah perkara biasa dan sering didorong oleh penunjuk makroekonomi memandangkan Malaysia adalah negara perdagangan terbuka.