Ringgit dijangka tidak banyak berubah minggu depan menjelang keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengenai kadar faedah dan pemulihan harga komoditi.
Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan, berkata punca utama ketidaktentuan berterusan adalah Fed, memandangkan kemungkinan AS meningkat kadar faedah bagi pertama kali dalam tempoh hampir sedekad, terus mempengaruhi pasaran.
"Kita, bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan kecil bahawa Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed akan mengekalkan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Nazri berkata penyusutan ringgit baru-baru ini akan menjadi kebaikan kepada lebihan akaun semasa, pengeksport dan pembuat tempatan.
Sementara itu, seorang peniaga lain berkata ringgit dijangka mencecah julat antara 4.25 dan 4.45 berbanding dolar AS minggu depan, menjejaki faktor luaran, termasuk harga minyak mentah.
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.3150/3200 berbanding 4.2560/2610 Jumaat lepas.
Unit tempatan itu turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0510/0569 daripada 3.0040/0085 sebelum ini dan lemah berbanding yen kepada 3.5812/5868 daripada 3.5738/5792 minggu lepas.
Ringgit juga susut berbanding pound kepada 6.6576/6679 daripada 6.4849/4933 dan rendah berbanding euro kepada 4.8716/8781 daripada 4.7408/7468 minggu lepas.
Bernama
Sat Sep 12 2015

Nazri berkata penyusutan ringgit baru-baru ini akan menjadi kebaikan kepada lebihan akaun semasa, pengeksport dan pembuat tempatan. - Gambar Fail
Raja Charles mahu hubungan Perancis-UK 'disegarkan'
Raja Charles III menyifatkan Perancis akan terus menjadi rakan sekutu rapat United Kingdom (UK) dan mahu hubungan itu 'disegarkan semula' dalam berhadapan cabaran abad ke-21. Beliau menyatakan komitmen itu dalam beberapa siri lawatannya di negara itu termasuk ketika berucap di Parlimen Perancis pada Khamis.
Zelenskiy tiba di Capital bertemu pemimpin kongres
Volodymyr Zelenskiy tiba di Capital Amerika Syarikat pada Khamis ketika pemimpin republikan mempersoalkan sama ada kongres perlu meluluskan bantuan baharu untuk negaranya menentang pencerobohan Rusia.
Bangku ‘ET Block’ guna bahan terpakai bawa tuah kepada pelajar SMK St. Anthony
Bangku yang diperbuat daripada barangan terpakai dihasilkan oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Anthony dari Sarikei, Sarawak diumumkan sebagai tempat pertama pada pertandingan ‘DIY Made Simple’, sekali gus membawa pulang wang tunai RM4,000.
Empat terkorban, punca letupan belum diketahui
Sekurang-kurangnya empat individu terkorban dalam insiden letupan paip gas di Romania pada Khamis. Manakala lima individu dilaporkan cedera akibat kejadian.
Konflik India-Kanada: Kehadiran kakitangan Kanada ke India dinilai semula
Suruhanjaya Tinggi Kanada di India berkata pada Khamis bahawa ia telah memutuskan untuk mengatur sementara kehadiran kakitangan di negara itu selepas beberapa diplomat menerima ancaman di platform media sosial.
Beras Cukup: Rakyat Selangor tidak perlu panik - Amirudin
Stok Beras Putih Tempatan (BPT) di Selangor mencukupi berdasarkan keperluan bulanan negeri itu iaitu sebanyak 45,500 tan metrik sebulan.
Agong santuni penduduk Sungkai
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni penduduk yang teruja menanti keberangkatan baginda di sepanjang perjalanan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak pada Rabu.
13 individu dipanggil bantu siasatan dakwaan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal
Siasatan membabitkan laporan seotrang wanita yang dikenali sebagao Mondy Tatoo yang mendakwa dirogol seorang pendakwah terkenal.
UNGA 78: Bersama tangani isu pemerdagangan manusia - PM Itali
Perdana Menteri Itali mahu PBB berhenti bertolak ansur dengan aktiviti pemerdagangan manusia yang disebutnya sebagai satu bentuk perhambaan baru.
UNGA 78: Tshisekedi mahu misi PBB tinggalkan Congo Disember ini
Presiden Congo mahu pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu meninggalkan negara itu, mulai Disember ini kerana disifatkan gagal mengekang konflik di timur negara itu.

Ringgit dibuka tinggi susulan keputusan Fed kekalkan kadar faedah tidak berubah
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas didorong kenaikan harga minyak mentah global, di tengah-tengah pengumuman awal pagi oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

Market volatility won't impact ringgit's rise - Forex expert
According to Stephen Innes, the current volatility in the U.S. and European markets will not impact the ringgit's impressive strides in recent months.