awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
03/03/2023
12:32 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit jatuh kepada 4.4765/4780 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 pada Khamis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS kerana sentimen pasaran tempatan kekal lemah berikutan pendirian agresif Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat.
Pada 6 petang, ringgit jatuh kepada 4.4765/4780 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 pada Khamis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pegawai Fed telah memberi amaran bahawa kadar faedah yang lebih tinggi mungkin berlaku, menyebabkan lebih ramai pelabur memilih aset-aset yang lebih selamat.
"Bagaimanapun, ia diimbangi oleh data hasil 10 tahun Perbendaharaan AS yang lebih tinggi yang berada pada 4.06 peratus pada masa ini, menjadikan aset-aset Malaysia tidak menarik," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan itu merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2877/2890 daripada 3.2772/2813 semalam dan menurun berbanding pound Britain kepada 5.3642/3660 daripada 5.3546/3606, tetapi ia meningkat berbanding euro kepada 4.7487/7503 daripada 4.7539/7592 semalam.
Sementara itu, ringgit juga kebanyakannya diniagakan lebih rendah berbanding beberapa mata wang Asean.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3255/3269 daripada 3.3210/3252 semalam, jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.8998/9105 daripada 12.8583/8789 dan menurun berbanding peso Filipina kepada 8.16/8.17 daripada 8.13/8.14.
Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 292.30/292.60 daripada 292.60/293.20 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#tukaran matawang
#Rizab Persekutuan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan